Semakin ramai ingkar PKP? Ini lima tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan

Fareez Azman
Ogos 28, 2020 06:39 MYT
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media memaklumkan perkara itu pada Jumaat. Gambar: Fail
Seramai 88 individu ditahan, empat daripadanya direman manakala selebihnya dikenakan tindakan kompaun selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ini lima tumpuan utama dalam kenyataan medianya.
1) 84 individu dikompaun dan empat direman selepas ingkar arahan PKP
2) 64,658 pemeriksaan dijalankan oleh Task Force Pematuhan Operasi semalam (Khamis, 27 Ogos).
3) 25,503 kenderaan diperiksa dalam 62 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng dijalankan di seluruh negara pada Khamis.
4) 22 tapak binaan diperiksa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di seluruh negara.
5) 1,350 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dijalankan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), 1,282 premis mematuhi SOP yang ditetapkan
manakala 44 premis diberi nasihat dan 24 premis diberi amaran.
#Arahan #COVID-19 #ingkar #ismail sabri yaakob #Kenyataan Media #Media #Menteri Kanan Pertahanan #operasi #PKP #PKPP #SOP