PUTRAJAYA: Pemain industri ayam dan telur menerusi semangat Keluarga Malaysia bersetuju dengan margin yang munasabah dalam menentukan harga berpatutan di peringkat runcit buat masa ini, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah mendapat kerjasama daripada 'ahli keluarga' industri ayam dan telur untuk melihat semula kos serta keuntungan di setiap peringkat rantaian dan bersetuju terhadap margin yang munasabah itu sehingga harga import makanan ternakan ayam kembali stabil.
Data dan trend harga ayam yang dikeluarkan Bahagian Harga Barang Negara KPDNHEP bagi September hingga Oktober, mendapati harga purata nasional ayam bersih standard sekitar RM8.70 sekilogram (sekg) sejak pertengahan bulan lepas berbanding RM10 dan ke atas pada awal September.
"Pemeriksaan pada Isnin lepas pula mendapati hanya dua daripada 560 premis yang diperiksa menjual ayam lebih daripada RM9.50 sekg.
"Harga purata nasional bagi 30 biji telur ayam Gred A ialah RM13.20, Gred B (RM12.40) dan Gred C (RM11.80)," menurut kenyataan itu.
Pemeriksaan ke atas penjualan telur ayam mendapati 162 premis daripada 418 premis masih menjual pada harga melebihi RM13.20 bagi Gred A, 148 premis daripada 408 premis menjual pada harga melebihi RM12.60 bagi Gred B, dan 337 premis daripada 667 premis masih menjual telur ayam Gred C melebihi harga RM12.
"KPDNHEP yakin kerjasama dalam semangat Keluarga Malaysia akan mewujudkan situasi seimbang dan terkawal di pelbagai peringkat rantaian bekalan dan runcit yang semestinya diteruskan pada masa hadapan," katanya.
Tambah kenyataan itu harga jagung dan protein soya, yang menjadi makanan ayam pedaging dan ayam telur, di samping vitamin, mineral dan ubat-ubatan telah memberi kesan kepada kos operasi di semua peringkat termasuk di peringkat pengguna yang amat terkesan dengan kenaikan harga runcit di pasaran.
KPDNHEP berkata harga jagung dan protein soya yang dimport sepenuhnya, meningkat 72 peratus daripada US$236 per tan metrik pada tahun lepas kepada US$406 per tan metrik sejak pertengahan tahun ini.
Menurut KPDNHEP, Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Ahad lepas telah pergi sendiri ke sebuah integrator pengeluar ayam dan berbincang langkah-langkah mengurangkan kesan kenaikan harga import makanan ternakan terhadap harga runcit ayam serta telur di pasaran.
Sementara itu, KPDNHEP berkata seramai 1,000 pegawai pemantau harga dan 2,200 pegawai penguat kuasa digerakkan untuk membuat pemantauan serta pemeriksaan di peringkat runcit, pemborong dan pengeluar setiap hari bagi memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi, selain dijual pada harga berpatutan.
"Pengguna dinasihatkan agar bijak merancang strategi pembelian yang dapat memberikan penjimatan melalui perbandingan harga dan membeli dari premis yang menawarkan harga berpatutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021
KPDNHEP dapatkan kerjasama daripada 'ahli keluarga' industri ayam dan telur untuk melihat semula kos serta keuntungan di setiap peringkat rantaian. - Gambar hiasan/Bernama
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Lapor pada KPDN jika harga telur tidak berubah - Persatuan pengguna
Orang ramai diminta melaporkan kepada KPDN jika harga telur ayam di pasaran didapati masih tidak berubah.
Harga runcit telur gred A,B, C diturunkan 3 sen - PM Anwar
Harga runcit bagi telur ayam gred A, B dan C di pasaran masing-masing 42 sen, 40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa hari ini.
Syarikat peruncit didakwa jual telur ayam gred B melebihi harga maksimum
Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual telur ayam gred B melebihi harga maksimum pada awal tahun ini.
Aidilfitri: Harga siling ayam, telur dimuktamad esok - Salahuddin
Harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dimuktamadkan esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada petang Rabu.
Harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini - Mohamad
Harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini dalam usaha kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.
KPDN lakukan siasatan caj tersembunyi penjualan telur ayam - Fuziah
KPDN sedang melakukan siasatan terperinci bagi mencari punca sebenar peruncit mengenakan caj tersembunyi ke atas penjualan telur ayam.
Kerajaan kekal pendirian kawal harga telur, tidak diapungkan
Kerajaan kekal dengan pendirian untuk mengekalkan harga telur di bawah harga kawalan dan tidak mengapungkannya.
KPDN rekod 10,894 kes seleweng barang keperluan
Sebanyak 10,894 kes seleweng barang keperluan menerusi rampasan bernilai RM115 juta direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sepanjang tahun lepas.
Harga makanan ayam tinggi punca harga telur dan ayam meningkat berganda
Kenaikan harga ayam dan telur yang agak tinggi berpunca daripada faktor makanan ayam itu sendiri yang turut mengalami peningkatan yang mendadak.
Tambah subsidi 2 sen antara cadangan atasi masalah bekalan telur ayam - Annuar
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mencadangkan beberapa langkah kepada kerajaan termasuk meningkatkan subsidi sebanyak 2 sen dalam usaha mengatasi masalah bekalan telur ayam gred terkawal.