awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai di Pasir Puteh
MALAYSIA
Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Asas perundangan sudah jelas - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Semangat membaca perlu dihidupkan semula, angkat martabat bangsa - PM

Bernama
Bernama
18/06/2025
11:45 MYT
Semangat membaca perlu dihidupkan semula, angkat martabat bangsa - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menghidupkan semula semangat membaca. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menghidupkan semula semangat membaca.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, untuk menghidupkan semula semangat membaca demi meningkatkan ilmu dan martabat negara.
  • Beliau menegaskan bahawa minat membaca perlu dipupuk lebih daripada sekadar pemberian buku kerana cabaran media sosial turut mempengaruhi perhatian anak muda.
  • Anwar turut mengulangi pendiriannya untuk tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri, manakala menteri lain masih mengekalkan potongan gaji sebanyak 20 peratus.

Beliau berkata tanpa menimba ilmu menerusi semangat membaca, negara tidak boleh bersaing atau memperbaiki penguasaan bahasa, ilmu dan teknologi.
"Kita mewarisi budaya dan tamadun yang gagah dan hebat. Generasi kita punya tanggungjawab untuk menimba ilmu sebaik mungkin, membentuk peribadi, akhlak dan sahsiah sebaik mungkin (untuk) mengangkat semula martabat bangsa dan rakyat Malaysia ke satu mercu yang lebih tinggi.
"Saya yakin kita mampu angkat martabat sekiranya kita bekerja, bersatu sebagai satu pasukan dan kekalkan landasan yang adil sebab perjuangan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI: Guru Pemangkin Patriotisme Negara di sini hari ini.
Anwar berkata pemberian buku semata-mata tidak lagi mencukupi untuk menanam minat membaca dalam kalangan generasi muda memandangkan golongan itu lebih berminat dengan media sosial.
"Ini bukan perkara baharu... sejak 80-an, seorang pengkritik sosial Amerika Syarikat Allan Bloom menulis dalam The Closing of the American Mind bahawa minat membaca sudah mula terhakis," katanya.
Anwar berkata jati diri dan kebanggaan itu bukan semata-mata menerusi gedung yang hebat tetapi dengan adanya nilai kemanusiaan.
"Kalau kita ada keupayaan, kita maju tapi nilai kemanusiaan itu perlu ada," katanya.
Sementara itu, beliau sekali lagi mengulangi pendirian tidak mengambil gaji manakala barisan menteri pula masih mengekalkan potongan sebanyak 20 peratus.
"Perdana Menteri memang sampai sekarang memilih untuk tidak mengambil gaji. Itu tidak menyebabkan saya miskin cuma saya tidak menjadi kaya. Masih (ada) kemudahan, kereta, kapal terbang dan helikopter hak kerajaan. Elaun Ahli Parlimen saya masih ambil," katanya.
Seminar hari ini menghimpunkan lebih 1,000 warga pendidik termasuk pesara dari sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta bakal guru.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Datuk Dr Roslan Hussin dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#semangat membaca
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#martabat bangsa
#bahasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami