awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan mangsa bot karam di Semporna berjaya diselamatkan

Petrus Bernard
Petrus Bernard
18/01/2022
07:20 MYT
Sembilan mangsa bot karam di Semporna berjaya diselamatkan
Pasukan bomba bersama orang awam bertindak menyelamatkan kesemua mangsa sebelum dibawa ke daratan. - JBPM Sabah
SEMPORNA: Sembilan individu termasuk lima kanak-kanak mengalami detik cemas selepas bot yang dinaiki karam di perairan berhadapan jeti pelancongan, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kesemua mangsa terbabit dalam perjalanan ke Kampung Bangau-Bangau menggunakan sebuah bot.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Faisal Ahmad berkata pihaknya mendapat laporan daripada pengurus jeti pelancongan berkenaan kejadian itu.
“Susulan itu, lima anggota dan pegawai bersama sebuah bot kevlar bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.
“Sebaik tiba, terdapat sembilan mangsa termasuk lima kanak-kanak berpaut pada bot mereka yang sudah terbalik dipercayai dipukul ombak,” katanya ketika dihubungi media,hari ini.
Katanya, pasukan bomba bersama orang awam bertindak menyelamatkan kesemua mangsa sebelum dibawa ke daratan.
Keadaan bot yang dinaiki sembilan penumpang dipercayai dipukul ombak - JBPM Sabah
Keadaan bot yang dinaiki sembilan penumpang dipercayai dipukul ombak - JBPM Sabah
“Setakat ini belum ada maklumat mangsa diperolehi, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.39 pagi,” katanya.
Topic Berkaitan
#bot karam
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Semporna
#kampung Bangau-Bangau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan