MALAYSIA
Sembilan PATI ditahan dalam operasi di premis perniagaan Johor
Imigresen Johor menegaskan pihaknya akan terus mengesan warga asing yang menyalahgunakan kemudahan dan pas untuk tinggal serta bekerja di Malaysia. - Foto Imigresen Johor/Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan di beberapa premis perniagaan sekitar Johor Bahru, semalam.
Pengarahnya Mohd Rusdi Mohd Darus berkata operasi bermula pukul 1 tengah hari itu dijalankan hasil maklumat awam serta risikan selama dua minggu di bengkel kenderaan, premis perniagaan dan kedai makanan.
"Antara kesalahan yang dikesan ialah menggaji serta melindungi PATI. Daripada jumlah yang ditahan, empat lelaki warga India, dua lelaki Pakistan, seorang lelaki Bangladesh, seorang lelaki Indonesia dan seorang wanita Myanmar.
"Kesemua mereka berusia antara 22 hingga 66 tahun dan dipercayai bekerja di premis yang diperiksa. Mereka ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan serta tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sepanjang operasi itu satu Borang 29 iaitu saman saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.
JIM Negeri Johor menegaskan pihaknya akan terus mengesan warga asing yang menyalahgunakan kemudahan dan pas untuk tinggal serta bekerja di negara ini.
"Selaras dengan aspirasi MADANI, jabatan ini tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan serta pemilik premis yang menggajikan pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan pas/permit kerja yang sah," katanya.
-- BERNAMA