awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sembilan pendaki terkandas di Gunung Gading dibawa turun dengan selamat

Bernama
Bernama
18/12/2016
03:35 MYT
Sembilan pendaki terkandas di Gunung Gading dibawa turun dengan selamat
Pasukan penyelamat berjaya membawa turun sembilan pendaki yang terperangkap di Gunung Gading, Lundu malam tadi. - Gambar fail
Pasukan penyelamat berjaya membawa turun sembilan pendaki yang terperangkap di Gunung Gading, Lundu malam tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, sebaik tiba di kaki gunung pada 9.40 malam, pendaki yang cedera diberi rawatan awal oleh skuad kecemasan bergerak bomba Lundu sebelum dihantar ke Hospital Lundu.
Balai Bomba dan Penyelamat Lundu menerima panggilan kecemasan mengenai sembilan pendaki yang terperangkap di gunung itu pada 6.30 petang semalam dan segera melancarkan gerakan mencari dan menyelamat.
Mereka terdiri daripada dua perempuan dan tujuh lelaki serta seorang pendaki perempuan terseliuh di bahagian kakinya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang dalam kejadian bot karam berhampiran jeti Kampung Serpan, Asajaya, Kota Samarahan ditemukan awal pagi tadi oleh sekumpulan penduduk kampung.
Jurucakap bomba berkata mayat Sidi Jiman, 78, ditemukan lapan kilometer dari jeti Kampung Serpan, iaitu lebih 60 kilometer dari Kuching pada pukul 1.55 pagi.
Mangsa sebelum itu dikatakan pergi menjaring ikan di sungai pada waktu pagi dan kebiasaannya akan balik semula pada sebelah petang.
Topic Berkaitan
#Gunung Gading
#Lundu
#misi menyelamat
#pendaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan