MALAYSIA
Sembilan rumah setinggan musnah terbakar
Rumah setinggan yang terbakar di Labu, Seremban pada Rabu. -Foto JBPM
SEREMBAN: Sembilan rumah setinggan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kirby, Batu 9, Jalan Labu di sini musnah dalam kebakaran pada Rabu.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam kejadian sekitar jam 9.15 pagi itu, lapan rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 30 peratus.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Laporan Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Zakaria Ramli mengesahkan berlaku kebakaran membabitkan sembilan buah rumah setinggan kelas B dengan anggaran keluasan keseluruhan 108 meter persegi.
“Daripada jumlah itu, lapan rumah musnah 100 peratus manakala sebuah rumah terbakar kira-kira 30 peratus. Kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dijalankan,” katanya pada Rabu.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan pihak bomba masih memantau keadaan sebelum menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran serta anggaran kerugian. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kebakaran melanda sembilan rumah setinggan di Labu, Seremban, menyebabkan lapan rumah musnah sepenuhnya dan satu lagi terbakar separuh.
- Jurucakap JBPM Negeri Sembilan menyatakan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.
- Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran serta kerugian yang dialami.
Dalam kejadian sekitar jam 9.15 pagi itu, lapan rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi terbakar kira-kira 30 peratus.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Laporan Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Zakaria Ramli mengesahkan berlaku kebakaran membabitkan sembilan buah rumah setinggan kelas B dengan anggaran keluasan keseluruhan 108 meter persegi.
“Daripada jumlah itu, lapan rumah musnah 100 peratus manakala sebuah rumah terbakar kira-kira 30 peratus. Kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dijalankan,” katanya pada Rabu.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan pihak bomba masih memantau keadaan sebelum menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran serta anggaran kerugian. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah rumah setinggan yang musnah dalam kebakaran di Labu, Seremban pada Rabu?
A: Sembilan rumah setinggan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kirby musnah, lapan daripadanya musnah sepenuhnya dan sebuah lagi terbakar kira-kira 30 peratus. - Q: Adakah terdapat kemalangan jiwa dalam kejadian kebakaran rumah setinggan di Labu, Seremban?
A: Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran rumah setinggan di Labu, Seremban pada Rabu. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan selepas kebakaran?
A: Pihak JBPM Negeri Sembilan sedang menjalankan kerja-kerja 'overhaul' dan memantau keadaan sebelum menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran serta anggaran kerugian.