KUALA LUMPUR: Jumlah spesis Harimau Malaya dalam negara ketika ini dianggarkan kurang dari 200 ekor dan ia dijangka pupus di Malaysia dalam tempoh lima hingga 10 tahun sekiranya tiada tindakan drastik diambil dengan segera.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dalam memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya, Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan sembilan tindakan strategik Konservasi Harimau Malaya bagi tempoh 10 tahun mulai tahun ini hingga 2030.
Beliau berkata antara pendekatan itu termasuk mengukuhkan usaha menghentikan penurunan populasi Harimau Malaya melalui rondaan penguatkuasaan dan pengawalan 'boots on the ground' serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi spesis berkenaan.
"... (juga) meningkatkan tadbir urus baik keberkesanan dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya, Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
"Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia dan pengukuhan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai 'centre of excellence' bagi konservasi ex-situ Harimau Malaya," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata pendekatan seterusnya adalah memperkasakan inisiatif bagi memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan inovatif dan skim akreditasi habitat Harimau Malaya.
Beliau berkata demikian sebagai mewakili Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dijangkiti COVID-19, bagi menjawab soalan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan Harimau Malaya yang menjadi spesies ikonik negara tidak pupus.
Wan Junanidi berkata selain itu, kerajaan juga mewujudkan kerjasama dengan zoo dan universiti supaya kelangsungan hidup Harimau Malaya dapat dipanjangkan, dengan menyimpan spesis itu di negara lain termasuk Amerika Syarikat dan Singapura seperti Tapir sebelum ini.
Penyelidikan terperinci juga dijalankan supaya 'inbreeding' Harimau Malaya di kawasan jagaan boleh dilaksanakan sementara merancang mewujudkan pusat konservasi Harimau Malaya untuk menempatkan harimau yang dijumpai sebelum dilepaskan.
Beliau berkata kerajaan juga telah melanjutkan moratorium larangan memburu rusa dan kijang yang tamat bulan ini kerana ia merupakan sumber makanan utama Harimau Malaya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Penyelidikan terperinci juga dijalankan supaya 'inbreeding' Harimau Malaya di kawasan jagaan boleh dilaksanakan sementara merancang mewujudkan pusat konservasi Harimau Malaya. - Gambar fail
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.