awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semenanjung Malaysia berisiko rendah terjejas gempa Aceh - MetMalaysia

Bernama
Bernama
08/12/2016
06:09 MYT
Semenanjung Malaysia berisiko rendah terjejas gempa Aceh - MetMalaysia
Che Gayah berkata, sehingga kini tidak ada impak besar kepada negara ini selain dilaporkan berlaku gegaran lemah yang hanya dirasai di negeri di utara Semenanjung. -Gambar Bernama
Kawasan Semenanjung Malaysia berisiko rendah untuk terjejas susulan kejadian gempa bumi di Aceh semalam, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail.
Beliau berkata sehingga kini tidak ada impak besar kepada negara ini selain dilaporkan berlaku gegaran lemah yang hanya dirasai di negeri di utara Semenanjung.
Katanya kajian Risiko Gempa Bumi yang dilakukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama universiti tempatan pada tahun 2009 juga menunjukkan Semenanjung Malaysia berisiko rendah menghadapi bencana alam itu.
"Jadi orang ramai tidak perlu bimbang dengan kejadian gempa bumi ini," katanya kepada Bernama.
Beliau diminta mengulas gempa yang melanda daerah Pidiejaya, Aceh awal pagi semalam yang memakan korban puluhan orang.
Mengulas lanjut, beliau gempa bumi adalah perkara biasa di Indonesia terutama di Barat Sumatera disebabkan kedudukannya yang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik.
"Sumatera kerap mengalami gempa bumi dari yang bermagnitud lemah hingga yang bermagnitud 9.0 seperti yang pernah berlaku pada tahun 2004," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa Aceh
#gempa bumi
#Jabatan Meteorologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan