awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seminggu berlalu, operasi SAR diteruskan kesan tujuh lagi mangsa

Bernama
Bernama
22/12/2022
02:15 MYT
Seminggu berlalu, operasi SAR diteruskan kesan tujuh lagi mangsa
Pegawai Polis Diraja Malaysia menunjukkan paparan visual mengunakan dron secara langsung kepada pengamal media lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, 20 Dis 2022. -- Gambar fail BERNAMA
BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di sini pada Jumaat lepas, diteruskan hari ini.
Operasi yang memasuki hari ketujuh bersambung semula pada kira-kira 8 pagi tadi, selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam semalam.
Setakat ini, tragedi berkenaan meragut 26 nyawa, tujuh mangsa masih hilang manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, daripada keseluruhan mangsa terlibat, 29 adalah kanak-kanak dan 65 dewasa.
-- BERNAMA
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#Father's Organic Farm
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan