awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sempadan negara: EAIC bentang kertas dasar bulan depan

Bernama
Bernama
14/04/2017
23:00 MYT
Sempadan negara: EAIC bentang kertas dasar bulan depan
EAIC berharap kawalan sempadan negara dapat dikukuhkan dan dimantapkan lagi.
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan membentangkan kertas dasar mengenai pengukuhan integriti pegawai agensi penguatkuasaan berhubung kawalan sempadan negara.
Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam berkata kertas dasar berkenaan dijangka dibentangkan bulan depan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.
Beliau berkata ketika ini EAIC sedang mendapatkan input daripada agensi berkepentingan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen mengenai kawalan sempadan negara ini.
"Kertas dasar ini dalam proses akhir dan kita sedang kemas kini maklumat yang dikumpulkan antaranya mengenai perairan di Sabah, sebelum dibentangkan," katanya kepada pemberita pada malam apresiasi media anjuran suruhanjaya itu, di sini pada Jumaat.
Yaacob berkata dengan pembentangan kertas dasar itu, EAIC berharap kawalan sempadan negara dapat dikukuhkan dan dimantapkan lagi.
Majlis yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan itu diadakan sebagai menghargai hubungan kerja antara pengamal media dan EAIC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#EAIC
#integriti
#Sempadan Negara
#Yaacob Md Sam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan