awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sempadan Rafah terpaksa ditutup, halang kemasukan bantuan kemanusiaan - Presiden MERCY Malaysia

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
11/10/2023
14:42 MYT
Sempadan Rafah terpaksa ditutup, halang kemasukan bantuan kemanusiaan - Presiden MERCY Malaysia
Faizal berkata penutupan sempadan terpaksa dilakukan susulan serangan bom Israel yang telah menyebabkan kecederaan kepada anggota keselamatan Mesir. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Penutupan sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir dan Palestin merencatkan usaha untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke negara ditindas rejim Zionis itu.
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata tindakan tersebut terpaksa dilakukan susulan serangan bom Israel yang telah menyebabkan kecederaan kepada anggota keselamatan Mesir.
“Untuk pengetahuan dan berlaku adil kepada Mesir, pihak kerajaan tidak dengan sengaja menutup laluan di sempadan Rafah. Mereka sebenarnya membenarkan berlaku perjalanan antara Rafah secara terhad bagi mereka yang mendapat kelulusan sehingga semalam.
“Tetapi sejak semalam telah dihentikan dan terpaksa ditutup laluan Rafah ini kerana berlaku pengeboman. Bukan kerajaan Mesir secara prinsip menutup sempadan Rafah, sebaliknya berlaku demikian akibat pengeboman yang telah mencederakan petugas sempadan Mesir,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Tambahnya, MERCY Malaysia berharap pihak Mesir kekal bertegas dan berdiri atas prinsip kemanusiaan untuk memberitahu rejim Israel bahawa laluan Rafah mesti dibuka untuk tujuan menyalurkan bantuan kemanusiaan.
Operasi lintasan Rafah di sempadan antara Semenanjung Gaza dan Mesir terjejas berikutan pengeboman Israel ke atas kawasan Palestin yang dikepung pada Selasa. Ia merupakan satu-satunya laluan masuk ke Gaza yang telah dibina pada tahun 1979.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Israel
#Gaza
#Palestin
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan