awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sempat libas parang selamatkan diri diterkam beruang

Sinar Harian
Sinar Harian
25/08/2023
10:30 MYT
Sempat libas parang selamatkan diri diterkam beruang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemung, Zawawi Ismail (dua, kiri) melawat Al Amin Ratna Shariman (dua, kanan) di kediaman remaja itu di Kampung Lerek, Kuala Berang, Hulu Terengganu. - Foto ihsan Facebook DUN Telemung - Cikgu Awi
HULU TERENGGANU: Seorang remaja sempat menyelamatkan diri dengan melibas parang selepas diterkam seekor beruang dalam kejadian di kebun durian milik bapanya di Kampung Lerek, di sini petang Khamis.
Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu menyebabkan mangsa, Al Amin Ratna Shariman Alias, 18, cedera di bahagian kepala.
Abangnya, Aweh Zulkurnain, 22, berkata, adiknya keluar ke kebun itu seorang diri dengan menaiki motosikal sebelum berhenti di bahu jalan dan berjalan kaki kira-kira satu kilometer.
"Ketika sedang berjalan dia terkejut apabila melihat seekor beruang sedang makan durian. Waktu itu jarak antara adik saya dengan beruang itu hanya beberapa meter.
"Adik saya cepat-cepat lari dan cuba bersembunyi di sebalik sebatang pokok, malangnya beruang itu tiba-tiba menyerangnya," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.
Jelasnya, sebaik diterkam, adiknya sempat melibas parang ke arah beruang itu dan cuba menyelamatkan diri.
"Dalam keadaan genting itu, dia turut rebah akibat terkena cakaran beruang sebelum binatang itu melarikan diri.
"Kami semua lega sebab dia terselamat. Boleh dikatakan ini pengalaman bersejarah dan kali pertama dialami keluarga kami sepanjang lebih 20 tahun kebun durian itu diusahakan," katanya.
Menurutnya, sebelum ini kelibat haiwan itu telah beberapa kali dilihat oleh penduduk di sekitar kawasan itu, namun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.
"Dah banyak kali penduduk kampung terserempak dengan beruang itu namun ia terus melarikan diri tanpa menyerang penduduk.
"Saya rasa mungkin beruang tu bertindak agresif sebab terkejut nampak kelibat adik saya," katanya.
Aweh Zulkurnain memberitahu, adiknya di hantar ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) dan menerima beberapa jahitan pada bahagian kepala. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Serangan beruang
#Malaysia
#Hulu Terengganu
#kebun durian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan