KUALA LUMPUR: Setiap agensi di Pulau Langkawi sama ada kerajaan, swasta, badan berkanun serta persatuan-persatuan yang diberi peranan dalam menjayakan projek rintis gelembung pelancongan Langkawi perlu melaporkan aktiviti mereka kepada jawatankuasa Langkawi Task Force.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana semua yang terlibat itu akan diberi peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam projek rintis gelembung pelancongan itu.
"Alhamdulillah, Pegawai Daerah Langkawi Saiful Anwar Azmi telah bersetuju untuk mempengerusikan Langkawi Task Force yang bertujuan menjayakan projek rintis tersebut.
"Beberapa petunjuk prestasi bagi kesihatan telah dicadangkan dan akan diperhalusi di peringkat jawatankuasa," katanya dalam hantaran menerusi laman sosialnya hari ini.
Beliau berkata antara perkara yang bakal diperhalusi itu termasuk nilai ambang tertentu kes COVID-19 harian baharu serta kemampuan kapasiti kesihatan awam, kluster baharu berkaitan aktiviti gelembung pelancongan selain kapasiti katil wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Maliha.
Pagi tadi, Noor Hisham bersama delegasi Kementerian Kesihatan (KKM) hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Gelembung Pelancongan Langkawi yang diselaraskan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), bersempena dengan pengumuman kerajaan mengenai pemilihan pulau itu sebagai projek rintis destinasi gelembung pelancongan domestik mulai 16 Sept.
Antara agensi lain yang hadir secara maya ialah Pejabat Daerah Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi, Malaysia Airports Holdings Bhd, Majlis Keselamatan Negara serta agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Laut, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen.
Turut hadir adalah pihak Hospital Sultanah Maliha, Pejabat Penerangan, Pejabat Agama Daerah Langkawi, Tourism Malaysia dan Akademi Pelancongan Langkawi.
"Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Pelancongan Langkawi dan peranan antara agensi dalam penguatkuasaan kepatuhan SOP berkaitan," katanya.
Beliau sekali lagi menyeru semua bakal pengunjung ke Pulau Langkawi supaya memastikan mereka telah lengkap divaksinasi, kekal mematuhi SOP dan sentiasa mengamalkan norma baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana semua yang terlibat itu akan diberi peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam projek rintis gelembung pelancongan itu. - Gambar fail/BERNAMA
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Bekas banduan ragut di Klang, lari ke Langkawi sebelum diberkas
Suspek diberkas kira-kira jam 12.30 tengah hari di kawasan sekitar Pekan Kuah, Langkawi sebelum dibawa pulang untuk siasatan lanjut.
Lelaki Palestin tidak mengaku salah cederakan rakan senegara
Seorang lelaki warga Palestin mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencederakan rakan senegaranya hingga parah bulan lalu.
LTdL 2024 sah bermula di Langkawi tamat di Sarawak
LTdL akan kembali ke bumi Langkawi, destinasi yang akan menjadi lokasi pembukaan perlumbaan peringkat pertama.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Dua projek infra bernilai lebih RM137 juta di Langkawi dijangka siap ikut masa - KKR
Dua projek infrastruktur di Langkawi bernilai lebih RM137 juta dijangka siap mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada Januari tahun hadapan.
Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village, Langkawi dibuka
Jambatan Sungai Peranginan Oriental Village di Langkawi yang dibina bagi mengatasi masalah kesesakan mula dibuka kepada pengguna jalan raya.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
Lelaki warga AS didakwa hasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di Langkawi
Seorang lelaki warga Amerika Syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual terhadap seorang kanak-kanak.
Raja Harald V jalani prosedur memasang perentak jantung sementara
Raja Norway, Raja Harald V dilaporkan memasang perentak jantung (pacemaker) sementara pada Sabtu di Hospital Maliha, Langkawi.