awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua ekonomi digesa sedia peruntukan anti rasuah - SPRM

Bernama
Bernama
20/10/2020
14:16 MYT
Semua ekonomi digesa sedia peruntukan anti rasuah - SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata ini penting bagi memastikan kekayaan yang dijana ekonomi itu turut dikongsi bersama rakyat dan bukannya dinikmati oleh segelintir pihak. - Gambar SPRM
KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggesa semua ekonomi agar menyediakan peruntukan daripada belanjawan tahunan untuk menampung usaha-usaha antirasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata ini penting bagi memastikan kekayaan yang dijana ekonomi itu turut dikongsi bersama rakyat dan bukannya dinikmati oleh segelintir pihak.
"Pada masa sama, kita juga perlu meningkatkan usaha bagi mengelak negara masing-masing dilihat sebagai tempat selamat untuk pelaku-pelaku rasuah terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Azam menyampaikan ucap tama di mesyuarat maya Mesyuarat Kumpulan Kerja Pakar Antirasuah dan Ketelusan (ACTWG) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bertemakan 'Pendedahan Tangan-Tangan Ghaib : Menangani Penyembunyian Pemilikan Berkepentingan,' di sini, hari ini.
Beliau berkata, sesebuah negara itu perlu menjana kekayaan ekonomi bagi meneruskan kelangsungan serta mencapai kejayaan dalam segenap aspek.
"Bagaimanapun, jika salah laku rasuah dan penyelewengan kuasa dibiarkan berleluasa, kekayaan yang dijana itu sebaliknya akan hanya dinikmati oleh segelintir individu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#Rasuah
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Datuk Seri Azam Baki
#ekonomi
#Malaysia
#APEC
#Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan