awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua kaunter CIQ BSI, KSAB di Johor dibuka sempena Aidilfitri

Bernama
Bernama
14/04/2023
13:53 MYT
Semua kaunter CIQ BSI, KSAB di Johor dibuka sempena Aidilfitri
Semua kaunter di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri akan dibuka sepenuhnya sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Semua kaunter di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri akan dibuka sepenuhnya sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata ia bagi memastikan pergerakan pengembara berjalan lancar sekali gus mengurangkan kesesakan laluan darat antara Malaysia dan Singapura melalui Tambak Johor dan Linkedua.
"Bagi yang akan keluar dan masuk ke Malaysia melalui CIQ BSI dan KSAB, pihak Jabatan Imigresen (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memberi jaminan semua kaunter-kaunter mereka akan dibuka sepenuhnya secara optimum dalam tempoh perayaan kali ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Beliau berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut melancarkan Ops Lancar bagi membantu melancarkan aliran trafik khususnya di kawasan bandar raya dan di sempadan negara manakala Ops Selamat dilancarkan bagi menjamin keselamatan rakyat termasuk harta benda mereka.
Katanya pihak Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) akan memperkenalkan laluan pintar dengan membenarkan lorong kecemasan dari Senai ke Kulai digunakan bagi menangani kesesakan di kawasan tersebut.
"Pihak Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) juga sedang memperhalusi cadangan untuk menggunakan lorong kecemasan sebagai laluan alternatif semasa kesesakan tetapi mestilah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.
Menurut beliau pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula telah mengeluarkan arahan supaya kenderaan berat yang membawa muatan pembinaan dan sebagainya tidak dibenarkan menggunakan jalan raya dalam tempoh perayaan dan kenderaan berat yang lain dibenarkan namun dalam tempoh waktu yang ditetapkan.
Mohamad Fazli berkata pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengeluarkan arahan agar semua kerja-kerja pembaikan jalan ditangguhkan dan tidak dibenarkan sepanjang tempoh perayaan kecuali kerja-kerja kecemasan yang melibatkan keselamatan.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Aliran Trafik Negeri Johor Sempena Perayaan Aidilfitri 2023 yang dihadiri jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang terlibat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangunan Sultan Iskandar
#CIQ
#Johor Bahru
#Tambak Johor
#Singapura
#LINKEDUA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan