Skip to main content

Malaysia

Semua kaunter Jabatan Imigresen ditutup pada Isnin dan Selasa ini

BALING, 4 Sept -- Kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menawarkan perkhidmatan permohonan pas sempadan dan pembaharuan pasport secara dalam talian, menjadi tumpuan pengunjung Program MADANI Rakyat (PMR) di Kompleks Sukan Majlis Daerah Baling di sini hari ini.
Semua kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan ditutup pada Isnin dan Selasa ini. - Gambar fail/BERNAMA

PUTRAJAYA: Semua kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan ditutup pada Isnin dan Selasa ini.

JIM dalam hantaran di media sosial memaklumkan bahawa penutupan itu susulan hari kelepasan am bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang jatuh pada Isnin dan perayaan Hari Wesak pada Selasa.

"Semua kaunter akan beroperasi semula pada Rabu,” menurut hantaran itu.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju memberikan hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Hari Wesak.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah antara lima hari kelepasan am wajib yang perlu diberikan kepada pekerja oleh majikan sektor swasta di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sambutan Hari Wesak pula, yang jatuh pada Ahad, melayakkan pekerja mendapat cuti gantian pada Selasa selaras dengan peruntukan semasa yang berkuat kuasa.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement