MALAYSIA

Semua keputusan perolehan ATM, PDRM terkait isu rasuah dibekukan sementara - PM Anwar

Bernama 16/01/2026 | 07:50 MYT
Anwar berkata kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Semua keputusan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ringkasan AI
  • Semua keputusan perolehan ATM dan PDRM yang berkaitan dengan isu rasuah dibekukan sementara bagi memastikan proses perolehan dipatuhi sepenuhnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan akan meneliti semula semua perolehan yang dilakukan oleh ATM dan PDRM untuk memastikan ketelusan sistem sedia ada, sejajar dengan kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • Langkah ini diambil untuk mengenal pasti sebarang kelemahan atau kelompongan dalam sistem perolehan, serta menunggu laporan bagi memastikan proses perolehan dijalankan dengan penuh ketelusan.


Beliau berkata kerajaan melalui kementerian terlibat akan meneliti dan menyusun semula semua perolehan bagi memastikan ketelusan sistem sedia ada.

"Saya berterima kasih kerana Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, atas kenyataan yang sangat jelas berkenaan perkara ini.

"Kita akan ambil perhatian dan menunggu laporan untuk meneliti sebarang kelompongan atau kelemahan dalam sistem perolehan, supaya proses dipatuhi sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju di sini hari ini.


#skandal perolehan tentera darat #isu rasuah tentera #kes rasuah bekas panglima #Anwar Ibrahim