MALAYSIA
'Semua orang cari dia' - Rakan kecewa dapat tahu berita kehilangan Ija palsu
Lelakicitu dipercayai menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Lenga, Johor sebelum melarikan diri ke negara jiran. - Gambar fail
MUAR: “Kalau dia ada masalah, biarlah kami bantu. Duduk semeja dan bincang elok-elok, bukan begini sampai semua orang cari dia siang malam.”
Ringkasan AI
Demikian luahan kecewa Muhammad Syahmi Mansur, 30, rakan kepada pempengaruh pemotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, yang mencetuskan kekecohan apabila didakwa hilang dan lemas di Sungai Tui, Bukit Kepong di sini sejak Isnin lalu.
Bagaimanapun, polis mendedahkan dakwaan kehilangan tersebut hanyalah sandiwara yang dirancang bersama adiknya dengan membuat laporan palsu di balai polis sehingga mengundang kemarahan rakan-rakanya yang turut bertungkus lumus mencari pempengaruh berkenaan.
Muhammad Syahmi memberitahu lebih 20 orang datang dari pelbagai daerah untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), malah ada yang mengambil cuti demi mencari rakan mereka.
“Semua rakan yang bantu mencarinya rasa kecewa. Tak sangka dia buat macam pada kami dan saya pun tak tahu apa motif dia.
“Orang dah kenal saya kerana berenang di sungai itu. Saya malu nak keluar rumah. Sampai tahap ini sekali saya dipermainkan," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, mereka turut merancang untuk berjumpa pengamal perubatan di Segamat sebagai ikhtiar terakhir selepas operasi SAR tidak menemui sebarang petunjuk pada Jumaat.
“Tapi, bila dapat tahu perkara ini, mana saya nak letak muka dengan keluarga saya.
“Lagipun, keluarga saya pun ada buat solat hajat dengan harapan dia ditemukan segera, rupa-rupanya ada sesuatu yang kami langsung tak jangka berlaku," katanya.
Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memgesahkan pempengaruh yang dikenali sebagai ‘Ija’ atau nama sebenarnya Tengku Nizaruddin Tengku Zainuddin tidak hilang sebaliknya melarikan diri ke luar negara.
Hasil siasatan mendapati lelaki itu dipercayai menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Lenga, Johor sebelum melarikan diri ke negara jiran.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu kepada penjawat awam.
Jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM2,000 atau dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Pempengaruh pemotoran Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, yang dilaporkan hilang dan lemas di Sungai Tui, Bukit Kepong, sebenarnya melarikan diri ke luar negara selepas merancang sandiwara bersama adiknya dengan membuat laporan polis palsu.
- Tindakan tersebut mengecewakan rakan-rakan terdekat yang telah bertungkus-lumus menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR), termasuk mengambil cuti dan mengadakan solat hajat, sebelum mengetahui insiden itu direka.
- Polis mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM2,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.