awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua PC yang dikeluarkan sejak 30 tahun lalu kini 'usang' - Jensen Huang

Amanz
Amanz
08/03/2024
02:10 MYT
Semua PC yang dikeluarkan sejak 30 tahun lalu kini 'usang' - Jensen Huang
Huang (kanan) ketika mengadakan perbincangan mengenai masa depan PC dengan CEO HP Enrique Lores pada acara HP Amplify di Las Vegas pagi Khamis waktu tempatan. - Foto Amanz
CEO NVIDIA Jensen Huang hari ini mengeluarkan sebuah lagi kenyataan kontroversi selepas semua komputer PC yang dikeluarkan sejak 30 tahun yang lalu kini “adalah usang“.
Kenyataan dikeluarkan oleh Huang ketika acara HP Amplify yang berlangsung di Las Vegas pagi ini waktu tempatan.
Ini ialah pendapat Huang dalam perbincangan mengenai masa depan PC dengan CEO HP Enrique Lores.
Beliau menambah kemampuan AI yang boleh dilakukan oleh PC yang dilancarkan tahun ini (dikategorikan sebagai AI-PC) membuatkan kesemua PC yang tidak mempunyai kemampuan yang sama usang.
Ini adalah kerana NPU dan GPU yang boleh menyokong pemprosesan AI kini dilihat sebagai satu keperluan.
Menurut beliau lagi pengenalan AI-PC ialah perubahan paling besar dalam dunia PC sejak Windows 95 yang merupakan sistem operasi PC pertama yang direka untuk menyokong multimedia.
Kemampuan AI diramalkan bakal mempunyai impak yang sama seperti kemampuan multimedia pada PC.
Tahun ini melihat cip pemproses keluaran AMD, Intel dan Qualcomm kesemuanya mempunyai NPU bagi membolehkan model AI dijalankan terus pada mesin tanpa memerlukan internet.
Malahan telefon pintar moden juga mempunyai kemampuan yang sama cuma pada skala lebih kecil.
Adakah anda bersetuju dengan kenyataan Jensen Huang ini?
Hanya beberapa minggu lalu beliau berkata tiada lagi keperluan untuk kanak-kanak belajar pengaturcaraan kerana ia boleh dilakukan oleh AI.
Sebaliknya mereka hanya perlu belajar menghasilkan prom yang menyuruh AI menulis kod yang diperlukan.
Topic Berkaitan
#Jensen Huang
#komputer PC
#komputer usang
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan