MALAYSIA
Semua perolehan tentera yang dibeku wajib melalui rangka kerja DIPN - PM Anwar
Anwar meninjau gerai pameran pada Majlis Pelancaran DIPN, di sini, pada Rabu. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Semua perolehan pertahanan mesti dikaji berdasarkan rangka kerja Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) sebagai langkah memperkukuh tadbir urus, memastikan ketelusan serta membina keupayaan teknologi pertahanan tempatan.
Ringkasan AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia termasuk projek perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diumum dibekukan, pada Jumaat lalu.
“Saya tegaskan pembekuan ini diteruskan dan semua perolehan ATM mesti dilihat melalui rangka kerja DIPN, diputuskan secara lebih telus dan dipertanggungjawabkan, bagi mengelak sebarang kemungkinan ketirisan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran DIPN, di sini, pada Rabu.
Tambah Anwar, DIPN akan memastikan perolehan dibuat berdasarkan keperluan sebenar operasi, serta sebagai nilai tambah kepada industri ketenteraan tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan dengan negara luar.
Anwar pada Jumaat mengumumkan, semua keputusan perolehan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkaitan dengan isu rasuah dibekukan sementara bagi memastikan proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelaksanaan DIPN akan memperkenalkan syarat kandungan tempatan dan pemindahan teknologi ketenteraan yang lebih tegas.
“Mulai sekarang, setiap perolehan melalui DIPN ditetapkan syarat kandungan tempatan sekurang-kurangnya 30 peratus.
“Sebelum pelaksanaan DIPN, tiada syarat peratusan kandungan tempatan yang jelas dan dasar perolehan dilihat longgar.
“Seterusnya keupayaan serta prestasi syarikat tempatan ini akan dinilai untuk menyokong penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), serta pemindahan teknologi yang efisien,” katanya.
Selain itu, DIPN turut berperanan mengurangkan keterlibatan pengeluar peralatan asal (OEM) dari luar negara.
“Ketika ini masih terdapat kira-kira 15 OEM luar negara terlibat dalam perolehan dan MRO.
“Kerajaan akan mengambil alih secara berperingkat peranan ini dan menyerahkannya kepada syarikat tempatan, tertakluk keupayaan dan prestasi semasa mereka.
“Kontrak MRO boleh ditamatkan sekiranya syarikat tempatan gagal berinovasi atau mengurangkan kos,” jelas Mohamed Khaled.
Beliau berkata, selain itu, penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ekosistem ATM akan disokong menerusi peruntukan kerajaan dan pelaksanaan Industrial Collaboration Programme (ICP) secara agresif, termasuk melalui Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Ringkasan AI
- Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) ditegaskan sebagai landasan bagi melaksanakan kajian terhadap semua perolehan pertahanan, termasuk projek ATM yang diumumkan dibekukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Pelaksanaan DIPN akan mewajibkan syarat kandungan tempatan sekurang-kurangnya 30 peratus dalam setiap perolehan, serta memperkenalkan pemindahan teknologi ketenteraan yang lebih ketat bagi memperkukuhkan industri ketenteraan tempatan.
- DIPN turut bertujuan untuk mengurangkan keterlibatan pengeluar peralatan asal luar negara, dengan kerajaan akan mengambil alih peranan yang sebelum ini dipegang oleh OEM luar negara dan memberikannya kepada syarikat tempatan, tertakluk kepada keupayaan dan prestasi syarikat tersebut.