awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua pihak harus sokong titah Sultan Pahang, jaga kesucian masjid - Mufti Pulau Pinang

Bernama
Bernama
23/03/2024
05:16 MYT
Semua pihak harus sokong titah Sultan Pahang, jaga kesucian masjid - Mufti Pulau Pinang
Menurut Wan Salim, masjid merupakan tempat beribadah, serta tempat untuk umat Islam memupuk perpaduan dan tidak wajar dijadikan sebagai gelanggang politik semata-mata. - Foto fail/Sinar Harian
GEORGE TOWN: Semua pihak harus menyokong titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengingatkan supaya masjid tidak digunakan sebagai medan untuk berpolitik serta mengkafirkan mereka yang tidak menyokong parti-parti tertentu.
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata ini kerana masjid merupakan tempat beribadah, serta tempat untuk umat Islam memupuk perpaduan dan tidak wajar dijadikan sebagai gelanggang politik semata-mata, demi mendapatkan sokongan jemaah terhadap parti tertentu.
"Jika ini dibenarkan, maka ia akan memecah-belahkan masyarakat Islam di samping mencemarkan kesucian masjid. Nak berpolitik buatlah di luar masjid, jangan gunakan rumah Allah untuk tujuan politik kepartian," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, Wan Salim berkata tiada siapa boleh mengkafirkan mana-mana individu yang tidak menyokong parti tertentu kerana parti politik itu ciptaan manusia berdasarkan ijtihad yang boleh jadi betul atau salah.
Beliau berkata perkara itu disokong oleh hadis yang melarang mengkafirkan seseorang yang bersolat mengadap ke arah kiblat (kaabah) dan makan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama Allah.
"Kecuali, jika seseorang melakukan perbuatan yang jelas menunjukkan kekufurannya seperti menyembah berhala, memaki Allah atau Rasul-Nya atau memijak al-Quran tetapi, jika seseorang tidak menyokong parti tertentu maka kita tidak boleh nengkafirkannya," katanya.
Al-Sultan Abdullah dalam satu rakaman video sebelum ini menitahkan masjid di Pahang supaya mengharamkan penyakit-penyakit lama, antaranya solat dua imam dan kafir-mengkafir serta menjaga kesucian masjid dengan tidak menjadikan rumah ibadat itu sebagai medan berpolitik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Pahang
#pelihara kesucian masjid
#Mufti Pulau Pinang
#Wan Salim Wan Mohd Noor
#mengkafirkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan