Kesemua 1,178 buah sekolah di Johor yang melibatkan 904 buah sekolah rendah dan 274 buah sekolah menengah boleh dibuka seperti biasa esok, walaupun terdapat beberapa kawasan masih dilanda banjir.
Pengarah Pendidikan Johor, Aminudin Adam berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai sekolah yang dinaiki air dan berharap sesi persekolahan 2015 yang akan bermula esok di negeri ini berjalan lancar.
"Sebahagian kawasan yang terjejas akibat banjir di Segamat menjadikan balai raya sebagai pusat penempatan sementara, oleh itu, tiada sekolah di negeri ini yang dijadikan pusat pemindahan banjir ketika ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Aminuddin berkata memandangkan cuaca yang masih tidak menentu, pihaknya akan memantau perkembangan sehingga malam ini bagi memastikan sama ada terdapat guru atau murid yang tidak dapat ke sekolah berikutan jalan yang dinaiki air.
"Mana-mana guru atau murid yang mengalami masalah berkenaan banjir diminta memaklumkan situasi mereka," katanya.
Beliau berkata keseluruhannya, sebanyak 609,554 murid sekolah rendah dan menengah seluruh Johor akan bersekolah esok dengan 56,390 daripadanya merupakan murid Tahun Satu.
Katanya kemasukan ke Tingkatan Satu pula melibatkan 50,538 pelajar manakala 4,930 orang lagi memasuki kelas peralihan.
Bernama
Sat Jan 10 2015
Kesemua 1,178 buah sekolah di Johor yang melibatkan 904 buah sekolah rendah dan 274 buah sekolah menengah boleh dibuka seperti biasa esok. -Gambar fail
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan
Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan kononnya guru tidak menjalankan tugas seperti biasa ekoran wabak COVID-19, namun guru-guru perlu bersabar dan terus komited.
Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020
Anugerah itu merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.
Semua sekolah di Johor boleh dibuka esok
Kesemua 1,178 buah sekolah di Johor yang melibatkan 904 buah sekolah rendah dan 274 buah sekolah menengah boleh dibuka seperti biasa esok, walaupun terdapat beberapa kawasan masih dilanda banjir.