awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua sekolah di Port Dickson ditutup, bacaan IPU lebih 200

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
17/09/2019
01:15 MYT
Semua sekolah di Port Dickson ditutup, bacaan IPU lebih 200
Keadaan berjerebu dilihat di Plaza Tol Ampangan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di Seremban dengan IPU mencatatkan bacaan 105 pada 13 Sept lalu. --fotoBERNAMA
Semua 63 sekolah di Port Dickson diarah tutup hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepasi paras bacaan sangat tidak sihat pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bacaan IPU pada jam 6 pagi ini.
"Memandangkan IPU di Port Dickson pada jam 6 pagi tadi mencecah bacaan 203, kesemua pelajar di semua sekolah di Port Dickson tidak dibenarkan hadir ke sekolah," katanya dalam satu kenyataan.
Penutupan sekolah itu melibatkan seramai 22,877 orang pelajar.
Bagaimanapun, guru-guru masih perlu hadir ke sekolah dan dinasihatkan supaya memakai topeng muka bagi melindungi daripada jerebu.
Menurut Mohamad Rafie, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) akan terus memantau keadaan dan membuat makluman dari semasa ke semasa.
Berdasarkan bacaan yang dipaparkan di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bilangan kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat terus menunjukkan peningkatan.
Terkini, bacaan IPU di Nilai pada jam 9 pagi turut mencecah paras sangat tidak sihat iaitu pada 203, sementara di Port Dickson 212.
Seremban turut merekodkan bacaan tidak sihat pada 176.
Topic Berkaitan
#Indeks Pencemaran Udara
#IPU
#Jabatan Pendidikan
#jerebu
#Mohamad Rafie Ab Malek
#Negeri Sembilan
#nilai
#pelajar
#Port Dickson
#sangat tidak sihat
#sekolah
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan