[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
DREBAR

Semua sudah okay – kereta kecil dijual kembali di Assam, India

Astro Publication 02/09/2015 | 05:13 MYT
Tidak mengejutkan, Mahkamah Tinggi Gauhati di jajahan Assam, India telah membenarkan kembali penjualan kereta kecil (bawah 1,500kg) yang telah terhenti sementara kerana petisyen yang kuat untuk mengetengahkan ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi.
[Klik di sini untuk membaca laporan awal kes]
Mengikut berita ini, mahkamah memutuskan bahawa mana-mana kenderaan yang sudah lulus semua ujian pelanggaran dan emisi yang ditetapkan oleh Biro Standard India tetap boleh dijual. Walaupun diketahui yang standard ujian digunakan di India sekarang agak longgar – dan tidak mengikut standard NCAP terkini – ia masih lagi sah dari segi undang-undang.
Standard ujian pelanggaran NCAP hanya akan mula digunakan di India pada tahun 2017, jika ia diluluskan oleh kerajaan.
Keputusan mahkamah untuk menghentikan penjualan kereta-kereta kecil seperti Maruti Suzuki Swift, Hyundai i10 dan Honda Jazz di pasaran paling besar di Timur Laut negara India pasti akan menggembirakan ahli-ahli Persatuan Pengeluar Automobil India (SIAM) terutamanya 16 syarikat kereta yang terjejas. Dikhabarkan bahawa penjualan kereta kecil di Assam turun sebanyak 60% akibat perintah mahkamah sebelum ini.
Antara sebab petisyen awal menghentikan jualan kereta kecil ini diluluskan adalah untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin, khususnya melihat kepada keadaan jalan-jalan bahaya di Assam yang bergunung-ganang.
# Honda # Hyundai # keselamatan # Suzuki #NCAP