awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua tahanan lolos PKRC Tawau berjaya ditahan semula - Polis

Petrus Bernard
Petrus Bernard
08/09/2021
00:50 MYT
Semua tahanan lolos PKRC Tawau berjaya ditahan semula - Polis
Tidak sampai 72 jam, polis berjaya menahan baki seorang lagi tahanan yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Pesakit COVID-19 (PKRC) Dewan Arena Tawau pada tengah malam Ahad lalu. -Gambar hiasan
TAWAU: Tidak sampai 72 jam, polis berjaya menahan baki seorang lagi tahanan yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin Pesakit COVID-19 (PKRC) Dewan Arena Tawau pada tengah malam Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata banduan warga Filipina itu berjaya ditahan di Batu 15 Jalan Apas pada jam 1.30 petang Selasa hasil maklumat yang disalurkan orang awam.
"Lelaki berkenaan telah dijatuhi hukuman dua bulan dan satu sebatan atas kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 pindaan 2002 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan," kata Peter.
Terdahulu pada tengah malam Ahad, ketiga-tiga mereka telah melarikan diri dari PKRC Dewan Arena Tawau selepas berjaya mengumpil besi penghadang tingkap tandas dewan berkenaan.
BACA: 2 tahanan lolos dari PKRC ditahan semula, seorang masih bebas
Susulan kejadian, polis melancarkan Op Tutup dan Op Kesan melibatkan semua jalan raya utama dan perairan daerah Tawau bagi mengesan dan memburu mereka.
Dua tahanan kemudian berjaya dicekup dalam masa dan lokasi berasingan pada Isnin hasil maklumat orang awam yang disalurkan kepada pasukan polis Op Kesan.
Topic Berkaitan
#banduan melarikan diri
#banduan ditahan semula
#PKRC Dewan Arena Tawau
#Pusat Kuarantin Pesakit COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan