awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Semua VIP ada dalam senarai TCO, saya pun sama’ - PM Anwar

Khalis Khadir
Khalis Khadir
11/04/2025
06:10 MYT
‘Semua VIP ada dalam senarai TCO, saya pun sama’ - PM Anwar
Anwar ketika menghadiri Program Temu Anwar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, pada Jumaat. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
GOMBAK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, nama beliau juga diletakkan di bawah kawalan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) oleh pihak berkuasa negara.
Katanya, semua orang kenamaan yang berada di negara ini turut tersenarai dalam kawalan sama.
“Saya pun ada (dalam senarai TCO), semua VIP (orang kenamaan) pun ada,” katanya ringkas selepas menghadiri Program Temu Anwar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, pada Jumaat.
Maklum balas itu bagi menjawab soalan pihak media mengenai pendedahan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Pada Khamis, Samsuri mendakwa beliau dilabel sebagai individu di bawah status TCO dalam sistem kawalan sempadan sehingga panggilan telefonnya diawasi.
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas mendakwa, situasi itu sudah berlaku sejak pertengahan tahun lalu.
Dakwanya, langkah berkenaan menjadikan beliau seolah-olah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan sindiket dan gangster atau berstatus persona non grata (tidak dikehendaki) di tanah air sendiri.
Dakwanya, status itu membolehkan segala pergerakan, komunikasi dan interaksi seseorang dipantau dengan senyap, dibuat secara menyeluruh dan berterusan.
Beliau mendakwa, ia dilaksanakan atas nama ‘untuk keselamatan negara’ atau ‘untuk kestabilan politik’ tetapi realitinya sering diguna bagi mengumpul maklumat politik pihak lawan sebagai usaha menekan suara tertentu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Jumaat kemudian menyangkal dakwaan Ahmad Samsuri dengan berkata, kerajaan tiada keperluan untuk mengintip pergerakan beliau.
Saifuddin berkata, ini kerana pemimpin Pas itu sentiasa didampingi anggota polis.
Topic Berkaitan
#TCO
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Anwar Ibrahim
#intip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan