awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua wakil rakyat Johor akan terima peruntukan RM200,000 setiap tahun mulai 2022 - Menteri Besar

Astro Awani
Astro Awani
18/11/2021
07:22 MYT
Semua wakil rakyat Johor akan terima peruntukan RM200,000 setiap tahun mulai 2022 - Menteri Besar
Jumlah peruntukan terbaharu yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad itu menyaksikan peningkatan sebanyak RM50,000 berbanding RM150,000 yang diagihkan tahun ini. - Gambar BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor hari ini bersetuju untuk memberikan peruntukan tetap sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pembangkang.
Peruntukan yang akan mula diagihkan kepada kesemua 56 ADUN pada tahun hadapan boleh digunakan bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta bantuan peruntukan kerja kecil di kawasan mereka.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad ketika membentangkan Belanjawan Johor 2022 di sini, pada Khamis.
"Bagi memastikan prinsip dan semangat pendemokrasian Yang Berhormat Ahli-ahli DUN Johor memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kerajaan negeri Johor bersetuju semua Yang Berhomat akan menerima peruntukan tetap sebanyak RM200,000 setiap tahun," kata Hasni.
Jumlah peruntukan terbaharu yang diumumkan Menteri Besar itu menyaksikan peningkatan sebanyak RM50,000 berbanding RM150,000 yang diagihkan tahun ini.
Dalam masa sama, kerajaan Johor juga bersetuju menyalurkan suntikan tambahan berjumlah RM50,000 kepada setiap ADUN bagi tujuan pembiayaan acara sempena perayaan-perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan lain-lain.
Menurut Hasni, peruntukan itu diharapkan dapat membantu setiap adun yang bertugas sebagai wakil rakyat dalam menangani cabaran masa hadapan.
Topic Berkaitan
#wakil rakyat Johor
#adun johor
#terima peruntukan
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan