awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai harga ubatan mahal yang dikenakan GST akan ditetapkan

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2014
15:00 MYT
Senarai harga ubatan mahal yang dikenakan GST akan ditetapkan
DR HILMI: Penetapan harga itu adalah bagi menjaga kepentingan pengguna dan mengelak penjualan ubat-ubatan dengan harga yang lebih tinggi.
Senarai harga ubat-ubatan yang mahal dan tidak termasuk dalam pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) akan ditetapkan bagi memastikan kepentingan pengguna terjaga.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kementerian telah mengadakan rundingan dengan pihak farmasi bagi penetapan senarai harga ubat-ubatan berikutan pelaksanaan CBP pada april tahun depan.
Beliau berkata penetapan harga itu adalah bagi menjaga kepentingan pengguna dan mengelak penjualan ubat-ubatan dengan harga yang lebih tinggi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Diabetes Sedunia 2014 peringkat Kelantan di sini, pada Isnin.
Dr Hilmi berkata senarai harga itu adalah bagi ubat mahal yang tidak termasuk dalam senarai 2,900 ubat yang dikecualikan daripada CBP.
Katanya kementeriannya mendapat maklumat terdapat pihak tertentu menjual ubat dengan harga sehingga tiga kali ganda dan pengawalan harga tersebut perlu dilakukan.
Beliau berkata orang awam tidak perlu gusar kerana CBP tidak akan dikenakan bagi rawatan dan ubat-ubatan di klinik kerajaan.
Dr Hilmi berkata kementerian turut menetapkan harga siling bagi kos perkhidmatan doktor pakar dan doktor klinik swasta yang dilaksanakan sejak tahun ini, serta menetapkan semua prosedur perkhidmatan kesihatan.
Katanya tindakan boleh diambil terhadap pengamal perubatan yang tidak mematuhi prosedur dan harga siling yang telah ditetapkan oleh kementerian.
Topic Berkaitan
#CBP
#cukai barang dan perkhidmatan
#harga ubatan
#Hilmi Yahaya
#Timbalan Menteri Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan