KUALA LUMPUR: Persatuan-persatuan mewakili sektor peruncitan mendesak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) agar menghentikan sementara sebarang pengumuman berdasarkan sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) sehingga maklumat yang dikumpul lebih tepat dan jelas.
Dalam satu kenyataan bersama, Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) dan Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) menggambarkan penyenaraian lokasi berdasarkan sistem HIDE sebagai tidak adil.
“Tidak boleh dinafikan, pengumuman pertama maklumat berdasarkan HIDE secara tidak adil mewujudkan ketidaktentuan, panik dan ketakutan serta-merta.
“Cukup jelas bahawa maklumat HIDE adalah tidak menyeluruh dan menunjukkan gambaran yang langsung berbeza daripada situasi sebenar,” dakwa kesemua persatuan itu dalam kenyataan pada Ahad..
Menurut kenyataan itu lagi, pengesanan kes positif COVID-19 di lokasi beli-belah jauh lebih rendah berbanding di kilang, tapak binaan dan penyebaran dalam komuniti.
“Maklumat tersebut tidak lengkap kerana data hanya dikumpul dari premis-premis dan operasi yang patuh kepada SOP (prosedur operasi standard) dan merekodkan maklumat dalam MySejahtera.
“Sektor-sektor yang tidak patuh SOP pula tidak tergolong kerana tidak terkumpul dalam data, sekali gus tidak dikategorikan sebagai ‘hotspot’,” menurut kenyataan tersebut.
Dalam masa sama, mereka mendakwa, pengumpulan data berdasarkan pendaftaran MySejahtera di sesebuah lokasi tidak memberi gambaran menyeluruh.
Pengunjung yang telah mengimbas kod QR melalui MySejahtera sebelum memasuki sesebuah premis mungkin tidak dibenarkan masuk oleh pihak pengurusan premis atas sebab-sebab risiko seperti suhu badan yang tinggi.
Namun, pendaftaran mereka di MySejahtera telah direkodkan, sekali gus dikumpul sebagai data dalam sistem HIDE walaupun memasuki tidak memasuki premis berkenaan.
Justeru, persatuan-persatuan tersebut menggesa agar maklumat yang dikongsi berdasarkan sistem HIDE dipastikan lebih tepat dan menyeluruh, di samping melibatkan semua pihak berkepentingan dalam rundingan berhubung SOP dan dasar-dasar sebelum diumumkan.
Pada Sabtu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, premis-premis yang tersenarai dalam HIDE diarahkan tutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta.
Namun, penutupan tersebut menimbulkan kekeliruan orang ramai selepas Menteri Penyeleras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin pada hari sama menjelaskan, premis yang disenaraikan dalam HIDE tidak perlu ditutup kerana hanya dikenal pasti sebagai premis berpotensi mengakibatkan kewujudan kluster.
Kebanyakan lokasi yang tersenarai dalam sistem HIDE setakat semalam merupakan kompleks beli-belah dan pasar raya.
Berikut premis-premis yang disenaraikan dalam sistem HIDE setakat 8 Mei 2021:
Nailah Huda
Sun May 09 2021
Pada Sabtu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa premis-premis yang tersenarai dalam HIDE diarahkan tutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta. Gambar hiasan BERNAMA
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
HIDE tidak telus bendung COVID-19 - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan ketelusan sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) yang dilihat tidak membantu membendung jangkitan COVID-19
MMA cadangkan KKM lakukan saringan COVID-19 besar-besaran pada kawasan HIDE
MMA turut mencadangkan supaya KKM juga perlu melihat keperluan untuk melakukan vaksinasi besar-besaran bagi mengekang penularan di kawasan tersebut.
HIDE boleh kenal pasti pusat beli-belah berisiko walau terdapat 'blindspot' - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata, 'blindspot' berlaku apabila pengunjung tidak mengimbas kod QR MySejahtera, namun kebanyakan premis perniagaan telah didaftarkan di dalam sistem HIDE.
Taman Tasik Metropolitan Kepong ditutup tiga hari
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup Taman Tasik Metropolitan Kepong selama tiga hari bermula semalam hingga esok selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan.
Operasi pematuhan SOP di premis berisiko ditingkatkan - Polis Kuala Lumpur
Usaha itu diambil susulan pengumuman kerajaan yang menyenaraikan premis berisiko tinggi dalam sistem HIDE.
Tambah baik sistem HIDE, masukkan data pola tingkah laku masyarakat dan maklumat lapangan - Dr Malina Osman
Maklumat di pusat kuarantin, rawatan di hospital dan ujian calitan perlu diterjemahkan dalam bentuk yang lebih telus agar dapat meningkatkan kesedaran masyarakat yang lebih tinggi.
Sabah tidak tutup 3 kompleks beli belah tersenarai dalam HIDE
Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penutupan hanya akan dilakukan sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dan selepas penilaian risiko dibuat.
Senarai HIDE yang dikeluarkan tidak adil dan cetus panik, dakwa persatuan peruncitan
Maklumat HIDE tidak menyeluruh dan menunjukkan gambaran yang langsung berbeza daripada situasi sebenar.
Perkhidmatan pengangkutan awam di stesen dan terminal tersenarai dalam sistem HIDE terus beroperasi
MOT berkata sebarang penutupan atau pembukaan premis perniagaan ini adalah tertakluk kepada arahan MKN dari semasa ke semasa.
MOSTI diminta tangguh umum maklumat yang diperoleh daripada HIDE
Gesaan itu dibuat oleh tiga persatuan yang mewakili pusat beli-belah dan industri peruncitan di seluruh negara dalam kenyataan bersama.