awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai hitam pemimpin bersalah kes rasuah bertanding pilihan raya

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2023
00:00 MYT
Senarai hitam pemimpin bersalah kes rasuah bertanding pilihan raya
Ahli Parlimen dan ADUN yang disabit bersalah kes mahkamah berkaitan rasuah perlu disenarai hitam daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya. - Gambar hiasan/Sinar Harian
SHAH ALAM: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disabit bersalah kes mahkamah berkaitan rasuah perlu disenarai hitam daripada bertanding dalam mana-mana pilihan raya.
Pengerusi Rasuah Busters Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel berkata, penguatkuasaan larangan itu bagi memastikan wakil rakyat yang dipilih nanti dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah.
“Pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengambil tindakan sewajarnya dengan tidak membenarkan pesalah rasuah ini menjadi calon di mana-mana kawasan buat selama-selamanya,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Hamdan Daniel, ahli Parlimen berkenaan telah menyalurkan dana diperuntukkan kerajaan negeri pada waktu yang tidak sesuai iaitu ketika berkempen.
“Sebelum menyalurkan apa-apa sumbangan, ahli politik dinasihatkan untuk membuat ulang kaji terlebih dahulu agar tidak timbul sebarang spekulasi penyalahgunaan dana.
“Bakal Yang Berhormat perlu lebih cakna dalam menyampaikan sumbangan. Jika tersalah langkah, ia bakal mengundang natijah yang lebih besar,” ujar beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#senarai hitam
#pemimpin rasuah
#bertanding pilihan raya
#rasuah busters
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan