awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56
LKM e-panggilan lebih fleksibel, kadar fi baharu ikut tempoh berkuat kuasa esok
Murid tahun enam, bapa saudara maut dalam kemalangan di Sri Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai keluarga terjejas banjir di Dungun diserah kepada MKN

Bernama
Bernama
26/01/2015
00:44 MYT
Senarai keluarga terjejas banjir di Dungun diserah kepada MKN
DUN Bukit Besi merupakan DUN yang paling teruk terjejas melibatkan hampir 3,000 penduduk dari 1,593 keluarga di 23 buah kampung di Hulu Dungun. - Gambar fail
Pejabat Daerah Dungun telah mengenal pasti dan menghantar senarai mangsa banjir di seluruh daerah tersebut kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk proses pengagihan dana bantuan banjir.
Pegawai Daerahnya Datuk Mohd Yasim Awang berkata senarai jumlah keluarga mangsa banjir tersebut dihantar kepada MKN bagi membolehkan mangsa banjir terlibat mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM500 seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Kita telah kenal pasti bilangan mangsa banjir yang mana jumlah mangsa yang terlibat adalah lebih daripada 11,000 dan melibatkan 3,663 keluarga dari empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Besi, Sura, Rantau Abang serta Paka. [FOTO]: SUASANA PASCA BANJIR DI PANTAI TIMUR
"Wang bantuan tersebut akan dibahagikan secara berperingkat dan diberikan kepada ketua isi rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Yasim berkata DUN Bukit Besi merupakan DUN yang paling teruk terjejas melibatkan hampir 3,000 penduduk dari 1,593 keluarga di 23 buah kampung di Hulu Dungun. [GALERI FOTO]: BANJIR DARI LENSA MEDIA SOSIAL
"Bagaimanapun, sebahagian bantuan seperti barangan keperluan makanan serta pakaian telah kita agihkan kepada mangsa banjir di kawasan yang terjejas teruk.
"Memang tidak dinafikan sepanjang banjir ini pelbagai pihak menghulurkan bantuan dari segi barangan dan bantuan kerja-kerja pembersihan pasca banjir, saya sangat berterima kasih kepada semua pihak kerajaan, swasta, orang perseorangan dan sukarelawan yang telah turun padang," katanya.
Kawasan di Hulu Dungun yang terjejas teruk termasuk Kampung Pasir Raja, Kampung Minda serta Kampung Shukor.
Topic Berkaitan
#banjir
#Bukit Besi
#Dungun
#Hulu Dungun
#Kampung Minda
#kampung pasir raja
#Kampung Shukor
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#Mohd Yasim Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan