Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan

Astro Awani
Disember 12, 2023 05:28 MYT
Anwar berkata, rombakan itu bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Anwar berkata, rombakan itu bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.
Dalam sidang media pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu, beliau yang mengekalkan portfolio Menteri Kewangan berkata rombakan dibuat kerana setiap perubahan dari segi perkembangan ekonomi, permasalahan rakyat termasuk kos sara hidup, harus ditangani dengan baik.
Berikut adalah senarai Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan:
1. KEMENTERIAN KEWANGAN
Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan - Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Timbalan Menteri Kewangan - Lim Hui Ying
2. KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH
Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah - Datuk Rubiah Wang
3. KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN DAYA GUNA AWAM
Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam - Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam - Akmal Nasrullah Mohd Nasir
[TERKINI] Sidang media rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan
4. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri Pengangkutan - Loke Siew Fook
Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Hasbi Habibollah
5. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Mohamad Sabu
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Arthur Joseph Kurup
6. KEMENTERIAN EKONOMI
Menteri Ekonomi - Rafizi Ramli
Timbalan Menteri Ekonomi - Datuk Hanifah Hajar Taib
7. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Nga Kor Ming
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan - Datuk Aiman Athirah Sabu
8. KEMENTERIAN LUAR
Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan Menteri Luar - Datuk Mohamad Alamin
9. KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Ahmad Maslan
10. KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah
11. KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri - Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri - Liew Chin Tong
12. KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri Pertahanan - Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri Pertahanan - Adly Zahari
13. KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi - Chang Lih Kang
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Mohammad Yusof Apdal
14. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr Noraini Ahmad
15. JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) - Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) - M Kulasegaran
16. KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Datuk Seri Huang Tiong Sii
17. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan
18 . KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Seri Zambry Abd Kadir
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud
19. KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Datuk Seri Tiong King Sing
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Khairul Firdaus Akbar Khan
20. KEMENTERIAN KOMUNIKASI
Menteri Komunikasi - Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Timbalan Menteri Komunikasi - Teo Nie Ching
21. KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Menteri Pendidikan - Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri Pendidikan - Wong Kah Woh
22. KEMENTERIAN PERPADUAN
Menteri Perpaduan - Datuk Aaron Ago Anak Dagang
Timbalan Menteri Perpaduan - Saraswathy Kandasami
23. JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Na'Im Mokhtar
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Zulkifli Hasan
24. KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri Belia dan Sukan - Hannah Yeoh
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Adam Adli Abd Halim
25. JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Dr Zaliha Mustafa
26. KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan Mohd Ali
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Fuziah Salleh
27. KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin
28. KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Timbalan Menteri Kesihatan - Datuk Lukanisman Awang Sauni
29. KEMENTERIAN DIGITAL
Menteri Digital - Gobind Singh Deo
Timbalan Menteri Digital - Datuk Ugak Anak Kumbong
30. KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri Sumber Manusia - Steven Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad

MENTERI YANG DIGUGURKAN:
Sivakumar Varatharaju
TIMBALAN MENTERI YANG DIGUGURKAN:
1) Ramkarpal Singh
2) Datuk Siti Aminah Aching
MENTERI BAHARU:
1) Gobind Singh Deo
2) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
3) Datuk Seri Johari Abdul Ghani
4) Steven Sim Chee Keong
5) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (dilantik Senator)
TIMBALAN MENTERI YANG BAHARU:
1) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad
2) M Kulasegaran
3) Datuk Ramanan Ramakrishnan
4) Wong Kah Woh
5) Zulkifli Hasan (dilantik Senator)
RUMUSAN KESELURUHAN
a) Jumlah Ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 orang kepada 31 orang
b) Jumlah Timbalan Menteri meningkat daripada 27 orang kepada 29 orang
c) Jumlah keseluruhan meningkat daripada 55 orang kepada 60 orang
d) Jumlah keseluruhan ini masih lagi rendah jika dibandingkan 70 orang barisan Kabinet pada pentadbiran sebelum ini

#kabinet malaysia #Anwar Ibrahim #rombakan kabinet #Kabinet Kerajaan Perpaduan