NILAI: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa semalam (1 Dis) hingga 30 Nov 2024.
USIM dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan Zulkifli sebagai Pengerusi LPU USIM dipersetujui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang mengambil kira kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam bidang agama, akademik dan pentadbiran.
"Pengurusan universiti mengucapkan tahniah kepada Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas pelantikan tersebut dan percaya dengan kepimpinan serta pengalaman luas yang dimiliki beliau akan membawa USIM terus ke hadapan sebagai peneraju institusi pengajian tinggi (IPT) yang berteraskan integrasi ilmu 'naqli' dan ilmu 'aqli'," menurut kenyataan itu semalam.
Zulkifli dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Jan 1969 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah pada 1993.
Beliau kemudian menyambung pengajian di peringkat sarjana juga dalam bidang yang sama di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997), seterusnya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang fatwa dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2004.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang di USIM dari 2006 hingga 2008 dan merupakan panel penasihat di fakulti yang sama sejak 2013 sehingga kini.
Zulkifli yang juga Senator Dewan Negara, masih aktif dalam bidang penulisan dan membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selain sehingga kini telah menulis lebih 300 buah buku meliputi pelbagai bidang dalam Pengajian Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021

Zulkifli dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Jan 1969 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah pada 1993. - Gambar/ Astro AWANI

Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.

COVID-19 | Perancis lanjutkan ujian COVID bagi pelancong dari China
Perancis memutuskan untuk melanjutkan ujian COVID-19 terhadap pelancong yang tiba dari China sehingga 15 Februari kerana terdapat beberapa situasi dan perkembangan baharu.

Kerakusan Zahid bakal ranapkan UMNO - Penganalisis politik
Kerakusan Ahmad Zahid akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah sebagai Presiden yang menghancurkan UMNO, kata Kartini Aboo.

AWANI Ringkas: Penyelesaian banjir di Johor

AWANI Ringkas: Serangan bersenjata di Tehran

Vaksin COVID-19 | Jumlah penerima dos penggalak kedua bertambah, kini 2.4%
Kemas kini terbaharu di portal KKM NOW menunjukkan, dengan pemberian harian sebanyak 1,779 dos, bilangan penerima dos penggalak kedua kini meningkat kepada 2.4 peratus.

COVID-19 | 258 kes baharu, dua kematian dilaporkan
Untuk 21 hari berturut-turut, jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

PRU15: Tiga nasihat Dr Zulkifli untuk parti politik
Semua pihak terbabit diminta supaya memperbaharui niat ketika memasuki kempen PRU akan datang.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, di atas pemergian anak lelaki beliau.

Anak Zulkifli Al-Bakri meninggal dunia
Pentadbir laman Twitter Zulkifli menafikan dakwaan bahawa Allahyarham Hammad meninggal dunia akibat vaksinasi.

Bas USIM terbabas: Perkembangan pelajar dipantau rapat - Zulkifli
Bas tersebut dalam perjalanan membawa pelajar dari Kolej Kediaman USIM menuju ke kampus untuk mengikuti sesi pengkuliahan.

Istilah 'payung emas' adalah hadis palsu - Zulkifli
Istilah payung emas yang akan diperolehi wanita sekiranya membenarkan suaminya berpoligami berikutan ia sunnah Rasulullah SAW merupakan hadis palsu.

Penganggur didenda RM8,000 buat pernyataan jelik terhadap bekas menteri
Seorang penganggur didenda RM8,000 kerana membuat penghantaran pernyataan jelik terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Senator Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik Pengerusi LPU USIM
Pelantikan Zulkifli mengambil kira kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam bidang agama, akademik dan pentadbiran.

Betul ke potong kuku perlu ikut hari tertentu? Ini yang anda perlu tahu
Sebelum mulakan rutin harian, sangat penting untuk anda pastikan kuku dan kulit sekitarnya bersih daripada kotoran. Ikuti perkongsian dalam artikel ini.

Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku
Zulkifli berkata selain menulis buku, beliau juga akan aktif di Youtube dan Twitter serta menyampaikan kuliah agama.

Kos ibadah umrah dijangka meningkat susulan SOP baharu Arab Saudi
Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebahagian besar peningkatan kos itu berkait dengan penjarakan sosial seperti had muatan bilik hotel dan bas.