INTREND
Sensasi & Elegan Bonia
.jpg.aspx)
Elegan, kualiti dan craftsmanship tiga elemen kunci yang menjadi tulang belakang label yang menceduk inspirasi Itali ini. Diasaskan pada 1974 di Singapura, Bonia, di bawah bumbung Bonia Corporation Berhad berkembang pesat menjadi antara peneraju fashion retailer di Asia, khususnya dalam pembuatan produk berasakan kulit, aksesori dan sepatu bercita rasa Itali. Setiap produk Bonia menggunakan kulit terbaik dari Itali dan negara-negara Eropah lain dengan ketelitian tertinggi mengikut garis panduan antarabangsa agar kualitinya terjamin. Hingga hari ini, sensasi label ini boleh dirasai di seluruh Asia dengan pembukaan 55 butik dan 374 outlet, dan terbaru meluaskan pasaran ke Indonesia dengan pembukaan butik keenam dan ketujuh di Bandung dan Medan.
.jpg.aspx)
CIPTA SENDIRI BEG BONIA IDAMAN
Bersempena ulang tahun ke-40 Bonia, peminat tas tangan jenama ini diberi penghormatan untuk memperinci sendiri rekaan tas tangan dan trunk bag, dengan menambah personal touch mengikut selera masing-masing. Bahkan mereka juga boleh menempa lakaran comelnya.
BONIA CUSTOMISATION SERVICE
Ikuti tiga langkah seperti berikut jika anda mahu memiliki Bonia Special Edition: The Sonia Bag:-
Langkah 1 - Pilih saiz. Ia menawarkan dua saiz beg yang berbeza; sederhana dan besar.
Langkah 2 - Pilih warna. Terdapat Sembilan pilihan rona menarik untuk hasilkan beg tangan.
Langkah 3 - Tempa nama cetak timbul bersepuh emas untuk memperindah rekaan.
Selama 40 tahun, label mewah ini menghadiahkan produk kulit terbaik.