KUALA LUMPUR: "Kita kena sentiasa pantau (anak), tiada mak yang nak benda ini terjadikan," kata ibu kepada bayi perempuan berusia 11 bulan yang maut selepas terjatuh dari tingkap bilik di tingkat tiga kediaman keluarganya di Pangsapuri Sri Aman, Jalan Aman Putra, di sini, Ahad lalu.
Norasikin Juliar, 37, berkata beliau menganggap tragedi tersebut sebagai satu pengajaran supaya jangan sesekali leka dengan keberadaan anak.
"Saya tak bermaksud yang masa itu saya leka... Kalau boleh anak itu sentiasalah berada di depan mata. Kita tak sangka dan jangka apa yang akan terjadi," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan dalam lawatan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau hari ini.
Hasil laporan bedah siasat oleh Unit Forensik Hospital Selayang mendapati kematian bayi berkenaan berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.
Menceritakan kisah tragedi tersebut, Norasikin berkata segalanya berlaku dalam sekelip mata.
BACA: Bayi perempuan 11 bulan maut terjatuh dari tingkat 3
Norasikin berkata beliau ketika kejadian sedang melipat baju di bilik berasingan.
"Saya baru sahaja lepaskan dia (mangsa), kiranya dia sedang main depan mata saya, tiba-tiba kakak dia bawa main di depan sebab saudara dia ramai, dekat 10 orang dalam bilik itu.
"Jadi masa kejadian itu memang berlaku dengan pantas, tidak sampai beberapa minit dah jatuh ke bawah," katanya.
Menurut Norasikin, suaminya Khairul Faizal, 37, sehingga hari ini tidak dapat menerima hakikat bahawa anak bongsu mereka daripada tujuh beradik itu telah meninggal dunia.
Sementara itu, Lau berkata beliau akan mencadangkan kepada kerajaan supaya kesemua Program Perumahan Rakyat (PPR) yang akan dibina kelak diwajibkan supaya dipasangkan gril.
"Keselamatan rakyat mesti diutamakan, dalam masa terdekat kita akan beri cadangan atau berjumpa Menteri Wilayah Persekutuan atau Timbalannya selain KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) untuk bincang bagaimana nak adakan gril di PPR atau rumah mampu milik," katanya.
Selain itu, Lau berkata pihaknya juga akan meminta doktor psikologi memberikan kaunseling kepada keluarga terbabit supaya kehidupan mereka dapat diteruskan seperti biasa kerana ketika ini mereka terkesan dengan kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 09 2021
Hasil laporan bedah siasat oleh Unit Forensik Hospital Selayang mendapati kematian bayi berkenaan berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi. - Gambar hiasan
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Keluarga bayi mati di pusat jagaan cadang ambil tindakan undang-undang jika ada unsur kecuaian
Keluarga bayi lelaki yang meninggal dunia di Kota Bharu bercadang ambil tindakan undang-undang jika ada unsur kecuaian.
Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota
Kementerian Pertahanan akan membantu mempercepat permohonan perubahan penempatan tugas bagi anggotanya yang kematian anak berusia lapan bulan di sebuah taska.
Bayi lapan bulan mati disumbat botol susu, ditekup bantal oleh pengasuh
"Sudah 13 tahun kami tunggu untuk dapatkan anak pertama dan isteri saya juga sanggup cuti sebulan tanpa gaji untuk mengasuh anak kami."
Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan
Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas.
Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat atas kondominium
Bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling, pada Sabtu.
Ibu didakwa abai, anak dua tahun maut dalam kereta
Ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan yang maut setelah berada lebih tujuh jam dalam kereta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.
Bayi empat bulan maut tersedak susu di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berumur empat bulan yang dirawat kerana disyaki tersedak susu dalam kejadian pada Selasa, disahkan meninggal dunia pada Rabu.
Bayi maut: Pengusaha, pengasuh taska akan dituduh esok
Dua wanita termasuk pengusaha sebuah taska yang sebelum ini diberkas berkaitan kes kematian melibatkan seorang bayi perempuan akan dituduh di mahkamah pada Rabu.
Kanak-kanak 2 tahun maut, dipercayai tertinggal lebih 7 jam dalam kereta
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Ara Damansara, pada Rabu.
Bayi maut disyaki didera rakan lelaki ibu
Siasatan awal mendapati bayi berkenaan diserahkan ibunya yang berusia 27 tahun kepada suspek, pada petang Selasa lepas, untuk dijaga.