awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang anggota polis maut, rakan parah dalam serangan bom paip di Yala

Bernama
Bernama
26/04/2021
15:33 MYT
Seorang anggota polis maut, rakan parah dalam serangan bom paip di Yala
Suspek turut melepaskan beberapa das tembakan ke arah pos kawalan sebelum melarikan diri. - Gambar fail/ Bernama
YALA: Seorang anggota polis maut dan seorang lagi cedera parah dalam satu serangan bom paip di pos kawalan keselamatan di daerah Raman, Yala.
Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang (waktu tempatan) pada Ahad, lapan anggota polis sedang bertugas untuk mengawal keselamatan orang awam yang sedang berbuka puasa.
Ketua Polis Wilayah Yala, Pol Mej. Jen Tinnakorn Rangmat berkata dua lelaki menaiki sebuah motosikal mendekati pos kawalan keselamatan dan melontarkan bom paip.
Selain itu, beliau berkata suspek turut melepaskan beberapa das tembakan ke arah pos kawalan sebelum melarikan diri.
"Dua anggota polis yang sedang bertugas cedera parah. Mereka digegaskan ke hospital. Seorang meninggal dunia di hospital dan seorang lagi cedera parah dan kini sedang menerima rawatan di hospital," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian hari ini.
Sementara itu, satu lagi insiden serangan bom paip berlaku kira-kira 11.45 pagi (waktu tempatan) hari ini di daerah Resak, Narathiwat.
Dua lelaki yang menaiki motosikal melontarkan bom paip ke arah pos kawalan keselamatan namun tiada kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#maut
#serangan bom
#bom paip
#yala
#Thailand
#selatan thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan