SEPANG: Seorang bakal jemaah haji Malaysia, lelaki berusia 72 tahun meninggal dunia di sebuah hospital di Mekah akibat pembuluh darahnya pecah pada Jumaat lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Ditemui pemberita selepas majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia di sini hari ini, beliau berkata Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10.30 malam.
"Saya dimaklumkan dua hari lepas, kita terima berita dukacita kematian pertama (bakal) jemaah haji melibatkan lelaki berusia 72 tahun.
"Kematian disebabkan pembuluh darahnya pecah," katanya.
Mohd Na'im berkata Lembaga Tabung Haji (TH) akan menyediakan perkhidmatan badal haji secara percuma kepada Allahyarham Abnil Hajar dan perkara itu telah dimaklumkan kepada warisnya.
"Saya sendiri telah hubungi waris iaitu anak Allahyarham dan menaklumkan TH akan sediakan perkhidmatan badal haji untuk ayahnya," katanya.
Badal haji ialah pelaksanaan ibadah haji untuk orang yang meninggal dalam keadaan belum haji dan ia juga dapat dilaksanakan bagi orang yang secara fisik sudah tidak mampu melaksanakannya.
Sementara itu, beliau mengingatkan bakal jemaah haji untuk memberi sepenuh perhatian terhadap ibadat haji serta mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi.
Beliau berkata operasi haji dikendalikan TH ketika ini berjalan lancar, dengan 16,000 bakal jemaah haji Malaysia sudah selamat tiba di Madinah dan Mekah sejak penerbangan pertama pada 9 Mei.
"TH sentiasa diingatkan untuk memberikan beri perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji.
"Saya ingin nasihat jemaah haji yang telah tiba di tanah suci dan akan berangkat supaya sentiasa perkukuh ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji," katanya.
Terdapat 100 penerbangan sewa khas bagi musim haji 1445H/2024 yang telah bermula pada 9 Mei dan penerbangan akhir dijadualkan pada 9 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
![Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81594269758_TabungHaji.jpg)
Lembaga Tabung Haji akan menyediakan perkhidmatan badal haji secara percuma kepada Allahyarham Abnil Hajar dan perkara itu telah dimaklumkan kepada warisnya.
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719525788_NorainiMatSari.jpg)
Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.
![Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719279389_TuankuSyedFaizuddi.jpg)
Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.
![1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi 1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687154272_Wuquf.jpg)
1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."
![Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718840477_Hajj.jpg)
Beberapa negara sahkan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan.
![Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718840477_Hajj.jpg)
Kebanyakan jemaah yang maut tiada permit visa haji - Laporan
Laporan yang diterima mengesahkan bahawa mereka masuk ke Arab Saudi beberapa bulan sebelum ibadah Haji bermula.
![Pelan kesihatan musim haji 2024 Arab Saudi berjaya - Al-Jalajel Pelan kesihatan musim haji 2024 Arab Saudi berjaya - Al-Jalajel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718760611_kaabah.jpg)
Pelan kesihatan musim haji 2024 Arab Saudi berjaya - Al-Jalajel
Walaupun jumlah jemaah haji yang ramai dan cabaran suhu yang tinggi, tidak berlaku sebarang wabak ataupun ancaman kesihatan lain berlaku.
![138 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Arab Saudi 138 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718714988_Wuquf.jpg)
138 jemaah haji Indonesia meninggal dunia di Arab Saudi
Konsul Urusan Haji, Nasrullah Jasam mengesahkan bahawa kematian tersebut disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk strok haba.
![Jemaah haji Palestin kongsi cerita terselamat daripada maut beribu kali Jemaah haji Palestin kongsi cerita terselamat daripada maut beribu kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718674837_TBJEMAAHPALESTINE.jpg)
Jemaah haji Palestin kongsi cerita terselamat daripada maut beribu kali
Seramai 2,000 jemaah Palestin diberi undangan istimewa di tengah-tengah kempen pengeboman rejim Zionis yang masih sengit di seluruh Gaza.
![Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718634532_TBmina.jpg)
Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika
Menurut warga tempatan, ini kali ketiga hujan turun di kota Mekah sepanjang tahun ini.
![Pengawasan udara 24 jam sepanjang musim ibadah haji Pengawasan udara 24 jam sepanjang musim ibadah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718628621_pengawasanhaji.jpg)
Pengawasan udara 24 jam sepanjang musim ibadah haji
Pengawasan udara itu penting untuk memantau kepadatan jemaah di satu-satu lokasi bagi mengenal pasti sebarang ancaman kepada keselamatan jemaah.