KUALA LUMPUR: Seorang daripada lima rakyat Malaysia pernah meyaksikan perlakuan gangguan seksual terhadap wanita di sekeliling mereka, menurut kajian diterbitkan oleh IPSOS Malaysia.

Perkara itu didedahkan dalam satu kaji selidik dijalankan IPSOS Malaysia melibatkan 22,508 responden dalam talian berumur 16 hingga 74 tahun di 32 negara bermula 22 Disember hingga 6 Januari lalu bersempena Hari Wanita Sedunia.

Dapatan itu turut menyatakan seorang daripada dua rakyat Malaysia mendakwa pernah menyaksikan diskriminasi terhadap jantina.

Satu daripada lima rakyat Malaysia telah melihat tindakan gangguan seksual terhadap wanita di sekeliling mereka, menurut kajian diterbitkan oleh IPSOS Malaysia.

"Seramai 28 peratus lelaki dan 29 peratus wanita Malaysia (pernah) mendengar kawan-kawan atau ahli keluarga membuat komen seksis.

"Manakala sebanyak 23 peratus lelaki dan 26 peratus wanita Malaysia telah melihat contoh diskriminasi jantina di tempat kerja.

"Lebih membimbangkan, 20 peratus lelaki dan 22 peratus wanita Malaysia telah melihat seseorang individu melakukan serangan seksual terhadap wanita di tempat kerja," katanya.

Sementara itu, majoriti rakyat Malaysia percaya kesaksamaan jantina masih jauh lagi untuk dicapai namun majoriti daripada mereka yakin ia boleh dicapai dalam tempoh hayat mereka.

Majoriti rakyat Malaysia percaya kesaksamaan jantina masih jauh lagi untuk dicapai namun majoriti daripada mereka yakin ia boleh dicapai dalam hayat mereka.

Kajian itu menyebut, sebanyak 76 peratus rakyat Malaysia percaya terdapat ketidaksamarataan antara wanita dan lelaki dari segi hak sosial, politik dan ekonomi di Malaysia.

Bagaimanapun sebanyak 68 peratus pula percaya jurang kesamarataan antara lelaki dan wanita boleh dicapai dalam hayat mereka.

Kajian itu turut menyebut mengenai lelaki mempunyai peranan penting dalam menyokong hak wanita namun sebahagian besar responden Malaysia percaya perkara itu mengundang permintaan terlalu banyak atau keterlaluan sehingga mencetus diskriminasi terhadap lelaki.

Lelaki mempunyai peranan penting dalam menyokong hak wanita namun sebahagian besar responden Malaysia percaya perkara itu mengundang permintaan terlalu banyak atau keterlaluan sehingga mencetus diskriminasi terhadap lelaki.

Jelasnya, tanpa mengira jantina, satu pertiga daripada rakyat Malaysia memandang rendah terhadap lelaki yang tinggal di rumah untuk menjaga anak.

"Sebanyak 75 peratus wanita dan 68 peratus lelaki Malaysia bersetuju wanita tidak akan mendapat kesamarataan kecuali lelaki mengambil tindakan untuk menyokong hak wanita.

"Manakala 64 peratus wanita dan 66 peratus lelaki Malaysia berpendapat lelaki diharapkan terlalu tinggi untuk menyokong kesamarataan.

"Sementara itu sebanyak 50 peratus wanita dan 54 peratus lelaki Malaysia percaya promosi hak wanita dilihat keterlaluan sehingga mencetuskan diskriminasi terhadap lelaki manakala 33 peratus lelaki dan wanita Malaysia berpendapat lelaki yang tinggal di rumah untuk menjaga anak dipandang rendah," ujarnya.

Selain itu, dapatan lain turut menyatakan, seramai 58 peratus rakyat Malaysia takut untuk bersuara dan memperjuangkan hak sama rata kerana akibat atau kesannya kepada mereka.

Seramai 58 peratus rakyat Malaysia takut untuk bersuara dan memperjuangkan hak sama rata kerana akibat atau kesannya kepada mereka.

Jelas kajian itu lagi, enam daripada 10 dalam kalangan Generasi Z (67 peratus) dan Wanita (63 peratus) di Malaysia takut untuk bersuara atau menyokong ke arah kesaksamaan jantina.