NATIONAL
Seorang hilang, dua selamat bot dilanggar kapal pukat tunda

Zamri Mohd Harun, masih belum ditemukan dan operasi mencari serta menyelamat (CARILAMAT) sedang dijalankan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang lelaki dikhuatiri hilang manakala dua lagi terselamat selepas bot fiber dinaiki mereka dirempuh sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) jenis pukat tunda di sekitar perairan Pulau Klang semalam.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki dikhuatiri hilang di laut selepas bot fiber yang dinaikinya bersama dua rakan dirempuh oleh sebuah vesel nelayan pukat tunda di perairan Pulau Klang pada waktu malam.
- Dua mangsa terselamat diselamatkan oleh bot berhampiran, manakala mangsa yang hilang, Zamri Mohd Harun, masih belum ditemukan dan operasi mencari serta menyelamat (CARILAMAT) sedang dijalankan.
- Pihak Maritim Malaysia menggerakkan operasi pencarian dengan kerjasama JBPM dan Polis Marin, melibatkan 20 anggota dan tiga aset laut, serta mengingatkan orang awam agar lebih berhati-hati ketika berada di laut, terutama pada waktu malam.
"Dua mangsa diselamatkan oleh bot fiber yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian manakala seorang lagi nelayan masih belum ditemukan ... mangsa dipercayai hilang di laut dan kali terakhir dilihat memakai baju berwarna biru-merah serta seluar berwarna biru.
"Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Selangor segera mengatur gerak bot ronda ke lokasi kejadian bagi melaksanakan pencarian awal terhadap mangsa yang hilang, iaitu Zamri Mohd Harun berusia 56 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Muhaimin berkata kedua-dua mangsa yang terselamat, masing-masing lelaki berusia 56 dan 52 tahun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 12.35 tengah malam tadi untuk mendapatkan rawatan susulan.
Beliau berkata Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) dikoordinasikan oleh Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru telah diaktifkan dan pencarian kini diteruskan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Pasukan Polis Marin (PPM).
"Usaha pencarian hari ini melibatkan kekuatan sebanyak 20 anggota dan tiga aset laut yang merangkumi kawasan pencarian seluas 13 batu nautika persegi," katanya.
Abdul Muhaimin dalam kenyataan sama turut mengingatkan kepada komuniti maritim dan orang awam agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti di laut, terutamanya pada waktu malam atau ketika cuaca tidak menentu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami