awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang kanak-kanak maut, tujuh cedera dalam kemalangan di Jalan Felda Belara

Bernama
Bernama
26/12/2025
13:15 MYT
Seorang kanak-kanak maut, tujuh cedera dalam kemalangan di Jalan Felda Belara
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut manakala tujuh lagi cedera, dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Felda Belara, hari ini.
KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut manakala tujuh lagi cedera, dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Felda Belara, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa yang maut ialah Putri Fredella Al Frida Diandra Mohd Firdaus, dipercayai akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 pagi tadi, yang memaklumkan berlaku kemalangan melibatkan dua buah kereta Perodua Axia yang dinaiki dua keluarga.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki lima sekeluarga dari arah Setiu ke Kuala Terengganu, telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan yang dinaiki tiga sekeluarga dari arah Kemaman ke Kota Bharu.
"Kemalangan itu menyebabkan tujuh mangsa yang berusia lima bulan hingga 50 tahun cedera, manakala kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang berada di kerusi penumpang belakang, meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut, manakala tujuh lagi yang cedera dirawat di hospital sama.
Sementara itu, dalam satu kemalangan lain, Azli berkata seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka merempuh pokok di tepi Jalan Gong Badak, Kuala Nerus kira-kira 6 pagi tadi.
Pemandu Ahmad Zabani, 25, yang berasal dari Kampung Gelugor Kayu Tinggi, di sini meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya Azizi Kamarudin, 38, dari Bukit Payong, Marang dikejarkan ke Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Kuala Nerus untuk rawatan.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta milik syarikat yang dinaiki mangsa dari arah Kemaman ke Gong Badak hilang kawalan dan terbabas melanggar sebatang pokok di sebelah kiri jalan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#kemalangan
#Jalan Felda Belara
#Polis Daerah Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami