MALAYSIA

Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' direman, 15 lagi dalam buruan - KPN

Firdaus Azil 01/02/2026 | 07:20 MYT
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves sempena sambutan perayaan Thaipusam hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang lagi anggota kumpulan jenayah terancang ‘Geng Captain Praba’ telah berjaya dibawa pulang ke negara ini dari hasil kerjasama erat di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Thailand.


Ringkasan AI
  • 'Captain Praba', ahli kumpulan jenayah terancang, berjaya dibawa pulang ke Malaysia hasil kerjasama PDRM dan Polis Thailand.
  • Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, menyatakan bahawa tindakan membawa pulang suspek dilakukan selepas operasi Op Jack Sparrow membawa pulang tiga ahli kumpulan dari Mumbai, India.
  • 'Geng Captain Praba' dikaitkan dengan kes jenayah kekerasan dan samun bersenjata api, menjadi sasaran operasi khas PDRM disebabkan peningkatan kes jenayah yang melibatkan kumpulan ini.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, sebelum ini tiga ahli kumpulan itu telah dibawa pulang dari Mumbai, India, hasil kerjasama polis dua negara terbabit menerusi Op Jack Sparrow.

Beliau berkata, suspek terbaharu dibawa pulang dari Thailand kira-kira jam 10.30 malam Sabtu, dan dibawa ke mahkamah hari ini bagi proses permohonan reman.

"Semalam kita telah balik ke Malaysia, seorang lagi ahli kumpulan tersebut pada malam tadi lebih kurang 10.30 malam. Usianya dalam 30an. Cuma seorang saja (dibawa pulang) dan hari ini kita akan bawa ke mahkamah untuk tujuan reman.

“Setakat ini maklumat kita ada lebih kurang dalam 15 orang (yang masih bebas). Apabila kita mengambil tindakan, mereka akan cuba melarikan diri. Kadang kala sukar nak dapatkan mereka. Bila ada kerjasama kita dengan negara berkenaan, mereka hubungi dan kita ambil tindakan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Kepolisian Komuniti ‘Thaneer Panthal’ PDRM di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini, pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan, PDRM berjaya membawa pulang tiga individu yang disyaki ahli kumpulan sama dari Mumbai, India.

"Geng Captain Praba" yang dikaitkan dengan pelbagai kes jenayah kekerasan dan samun bersenjata api adalah antara kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa.

Kumpulan itu mula menjadi tumpuan selepas terlibat dalam beberapa siri rompakan berprofil tinggi dengan modus operandi sering membabitkan penggunaan senjata api dan bertindak agresif terhadap mangsa serta pasukan keselamatan.

PDRM sebelum ini telah melancarkan operasi khas bagi melumpuhkan rangkaian kumpulan ini, susulan peningkatan kes jenayah yang dikaitkan dengan ahli-ahlinya, termasuk insiden cubaan membunuh anggota polis semasa serbuan dilakukan.





Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah perkembangan terkini mengenai kumpulan jenayah terancang 'Captain Praba' yang disebut dalam artikel?
    A: Seorang lagi ahli kumpulan tersebut telah dibawa pulang ke Malaysia dari Thailand dan dibawa ke mahkamah untuk proses permohonan reman.
  • Q: Berapakah bilangan individu yang masih bebas berkaitan dengan kumpulan 'Captain Praba' setakat ini?
    A: Terdapat kira-kira 15 orang yang masih bebas dan diketahui berkaitan dengan kumpulan jenayah 'Captain Praba'.
  • Q: Apakah modus operandi yang biasa digunakan oleh kumpulan 'Captain Praba' dalam melakukan jenayah?
    A: Kumpulan 'Captain Praba' sering terlibat dalam rompakan bersenjata api dan tindakan agresif terhadap mangsa serta pasukan keselamatan, menjadikan mereka antara kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa.



#Geng Captain Praba #Mohd Khalid Ismail #Ketua Polis Negara #samun #Polis Diraja Malaysia #terkini #polis thailand