awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
Pulau Pinang akan laksana projek perintis sangkar bulat marin berteknologi HDPE
Pendekatan wajib SPM sebelum UEC kukuhkan daya saing pelajar sekolah Cina Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah

Bernama
Bernama
07/07/2025
01:50 MYT
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah
Seorang jemaah lelaki Malaysia, Ahmad Kerya, 70, daripada kumpulan KT099, disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz, Mekah pada 1.22 tengah hari semalam (waktu tempatan). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang jemaah lelaki Malaysia, Ahmad Kerya, 70, daripada kumpulan KT099, disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz, Mekah pada 1.22 tengah hari semalam (waktu tempatan).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini memaklumkan, Allahyarham yang menetap di Maktab 81 (PJH: Al Balad), meninggal dunia akibat radang paru-paru.
Beliau berkata, Allahyarham yang berasal dari Kodiang, Kedah, meninggalkan seorang isteri yang turut bersama-bersamanya mengerjakan haji di Tanah Suci, serta anak-anak di tanah air.
"Bagi pihak kerajaan Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.
"Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau, menerima segala amal solehnya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin," kata Mohd Na'im.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Haji 1446H
#jemaah haji
#meninggal dunia
#jemaah haji meninggal dunia
#Ahmad Kerya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan