[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
MALAYSIA

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci hari ini

Bernama 22/06/2025 | 12:30 MYT
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 20 kematian setakat ini. - Foto Facebook Dato' Setia Dr Naim Mokhtar
KUALA LUMPUR: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 20 kematian setakat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kematian melibatkan jemaah dari Johor iaitu Siti Meriam Shahbudin, 79, yang menghembuskan nafas terakhir di Hotel Mubarak, Makkah pagi tadi akibat serangan jantung.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, menerima segala amal ibadah haji dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.
"Kepada waris serta ahli keluarga, semoga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah," katanya, yang turut mengucapkan takziah menerusi hantaran di Facebook hari ini.
-- BERNAMA
#jemaah haji Malaysia #meninggal dunia #Tanah Suci #Siti Meriam Shahbudin