awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi suspek pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP ditahan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
14/06/2021
03:05 MYT
Seorang lagi suspek pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP ditahan
Dalam kejadian awal pagi Sabtu, kediaman rasmi Datuk Bandar MBPP (gambar) di Jalan Park, Pulau Tikus telah dipecah masuk sekumpulan individu. - Foto Astro AWANI
GEORGE TOWN: Seorang lagi suspek kes pecah masuk kediaman rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Yew Tung Seang pada Sabtu lalu ditahan.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan, suspek berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi tadi di kawasan Balik Pulau.
“Suspek kelima itu ditahan di kawasan Balik Pulau pada awal pagi tadi,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.
Pada Sabtu, polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara telah menahan empat lelaki di sekitar Butterworth untuk siasatan kes berkenaan.
Kesemua suspek berusia 25 dan 37 tahun itu ditahan di sekitar Bagan Ajam, Butterworth pada jam 10.15 pagi.
Dalam kejadian awal pagi Sabtu, kediaman rasmi Datuk Bandar MBPP di Jalan Park, Pulau Tikus telah dipecah masuk sekumpulan individu.
Kejadian hanya disedari ahli keluarga Datuk Bandar selepas mendapati ruang atas dan bawah rumah berada dalam keadaan berselerak.
Antara barangan yang hilang ialah komputer riba, beg berjenama, telefon bimbit, sejumlah mata wang asing, termasuk sebuah kenderaan jenis Honda CRV.
Topic Berkaitan
#pecah masuk
#rumah datuk bandar
#Datuk Bandar MBPP
#MBPP
#Majlis Bandaraya Pulau Pinang
#yew tung seang
#polis
#Sahabudin Abd Manan
#polis pulau pinang
#siasatan
#Seberang Perai
#Bagan Ajam
#Balik Pulau
#kediaman rasmi
#Pulau Tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan