awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lagi warga asing ditemui lemas di Pantai Rambah

Bernama
Bernama
12/10/2021
11:46 MYT
Seorang lagi warga asing ditemui lemas di Pantai Rambah
Polis berkata mayat berkenaan ditemui kira-kira 500 meter daripada pesisir pantai itu oleh orang awam pada pukul 7.20 pagi Selasa. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lagi lelaki dipercayai warga asing ditemui lemas awal pagi tadi, selepas bot yang dinaiki karam berdekatan Pantai Rambah dekat Pontian, pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mohammad Shofee Tayib berkata mayat berkenaan ditemui kira-kira 500 meter daripada pesisir pantai itu oleh orang awam pada pukul 7.20 pagi Selasa.
"Kita menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan satu mayat di lokasi sama (seperti semalam). Mayat ditemui terapung pada jarak kira-kira 500 meter daripada pesisir pantai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata secara keseluruhannya empat mayat lelaki warga asing telah ditemui, termasuk tiga yang ditemui terdampar di pantai itu pada pukul 4.40 petang semalam bersama sebuah bot laju dan enjin sangkut 200 kuasa kuda.
Menurutnya kesemua warga asing berkenaan dipercayai dalam perjalanan untuk memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan.
"Kesemua mereka dipercayai warga Indonesia berdasarkan penemuan sebuah beg sandang pada kayu bakau berhampiran, yang didapati mengandungi pengenalan diri, dipercayai milik salah seorang daripada mereka," katanya.
Mohammad Shofee berkata pihaknya menjangka kejadian bot karam itu tidak melibatkan unsur jenayah, dan semua mayat dibawa ke Hospital Pontian untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#warga asing
#Indonesia
#bot karam
#Pantai Rambah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan