Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, anggota komando VAT 69 yang cedera akibat insiden tembakan oleh kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah, selamat tiba di Pangkalan Latihan Unit Udara Polis Diraja Malaysia di Ipoh hari ini.
Ketibaan Mohamad Qaiyum'aiqal, 22, dengan pesawat King Air Beechcraft 300 PDRM, disambut ibu bapanya Zolkifli Mohd Sidek, 59, Hasnah Abdul Manan, 52, serta enam adik beradiknya yang datang dari Batu Pahat, Johor.
Sebelum ini, Mohamad Qaiyum'aiqal yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Sebaik tiba, wajah Mohamad Qaiyum'aiqal dilihat sayu namun mampu melepaskan kerinduannya dengan beramah mesra bersama dua anak saudaranya iaitu Puteri Nor Farah Elyana Fahmi, 5 dan Puteri Nor Alya Nabilah Fahmi, 2.
Anak kelima daripada tujuh beradik itu kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk menjalani rawatan susulan.
Turut menyambut kepulangan beliau ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam.
Abang ipar beliau, Lans Koperal Fahmi Mokhtar, 28, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata adik iparnya itu sudah berkhidmat dalam pasukan polis selama empat tahun dan baru setahun menyertai unit komando VAT 69.
"Pertempuran ini adalah operasi pertama disertai oleh Qaiyum sebagai komando selepas menamatkan latihan asas komando VAT 69 tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Zambry berkata kerajaan negeri akan mengeluarkan sejumlah peruntukan termasuk perancangan bagi membantu anggota yang terbabit serta keluarga mereka dan pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat.
Dua lagi anggota VAT 69 yang turut cedera dalam insiden itu, Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, berasal dari Kelantan dan Koperal Azman Ampong, 39, dari Sabah, dibawa pulang tiga hari lepas dan ditempatkan di HRPB untuk menjalani rawatan.
Terdahulu, Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang menziarahi kedua-dua anggota itu, berkata Azman dimaklumkan oleh doktor cedera ditembak namun keadaannya tidak kritikal dan sedang menjalani beberapa rawatan manakala Tarmizi pula melecur teruk di kaki kesan ledakan bom ketika merangkak di kawasan medan pertempuran.
Kedua-dua mereka akan dipindahkan ke pusat rawatan kem tentera di Lumut untuk rawatan lanjut, katanya.
Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun melahirkan rasa syukur kerana kedua-dua anggota itu selamat dan berkata sejumlah sumbangan akan dipertimbangkan kepada anggota terbabit serta keluarga mereka.
Bernama
Sun Mar 10 2013
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Anggota APMM kongsi insiden cemas: 'Niat nak bantu, dibalas tembakan'
"Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya, kalau saya elok hari ini, saya nak turun cari balik mereka."
Tanah runtuh Batang Kali: Anggota APM cedera ketika operasi SAR
Seorang anggota APM yang turut serta dalam operasi SAR mangsa tanah runtuh di Batang Kali, mengalami kecederaan.
Seorang lagi wira negara selamat tiba di Ipoh
Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, anggota komando VAT 69 yang cedera akibat insiden tembakan di Lahad Datu selamat tiba di Ipoh.