awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang lemas, 11 kru kapal korek pasir hilang di perairan Muar

Bernama
Bernama
21/03/2018
06:10 MYT
Seorang lemas, 11 kru kapal korek pasir hilang di perairan Muar
Sebuah kapal korek pasir yang dipercayai dari China dengan nama "JBB RONG CHANG 8" terbalik di kedudukan 8.5 batu nautika dari perairan Parit Jawa, dekat Muar, pagi tadi. - Foto BERNAMA
Sebelas kru kapal korek pasir dipercayai masih hilang apabila kapal mereka terbalik di kedudukan 8.5 batu nautika dari perairan Parit Jawa, dekat Muar, pagi tadi.
Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata sejumlah 18 kru kapal dipercayai terlibat dalam kejadian pagi tadi dengan enam mangsa dijumpai selamat manakala seorang lagi ditemukan lemas.
Kesemua mangsa adalah lelaki, terdiri daripada seorang warga tempatan dan seorang warga Indonesia manakala 16 lagi warga China, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Muhammad Zulkarnain, pihaknya menerima satu panggilan pada jam 8.50 pagi yang memaklumkan sebuah kapal korek pasir yang dipercayai dari China dengan nama "JBB RONG CHANG 8" telah terbalik di perairan itu.
"Dua buah bot ronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah diarahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan tersebut. Sehingga sekarang usaha mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan," kata beliau.
Zulkarnain juga meminta agar masyarakat sentiasa berhati-hati ketika menjalankan segala aktiviti di laut.
Sekiranya terdapat sebarang kecemasan boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Pangkalan Batu Pahat di talian 07-4344020 atau talian kecemasan 999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim
#APMM
#hilang
#JBB Rong Chang 8
#Kapal korek pasir
#kru kapal korek
#lemas
#maritim
#Muar
#Parit Jawa
#perairan Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan