awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, 2 parah nahas di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Aida Aziz
Aida Aziz
17/04/2023
10:55 MYT
Seorang maut, 2 parah nahas di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Seorang mangsa wanita disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan hospital manakala dua lagi mangsa iaitu lelaki dan wanita cedera parah. - Foto JBPM Perak
SIMPANG PULAI: Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera parah setelah kereta jenis Honda City yang dinaiki mereka dipercayai bertembung dengan sebuah lori membawa muatan sayur dekat Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.29 petang.
Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi dan mendapati tiga orang mangsa berkenaan terperangkap di dalam kenderaan tersebut.
"Seorang mangsa wanita disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan hospital manakala dua lagi mangsa iaitu lelaki dan wanita cedera parah.
"Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Keadaan lori yang membawa muatan sayur dan kereta yang terbabit kemalangan dekat Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, hari ini. - Foto JBPM
Keadaan lori yang membawa muatan sayur dan kereta yang terbabit kemalangan dekat Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, hari ini. - Foto JBPM
Katanya lagi, anggota menggunakan 'cervical collar' serta pengusung bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan tersebut.
"Rawatan awal turut diberikan kepada mangsa lain dan seterusnya dihantar ke hospital, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Johari Mohamad itu tamat pada jam 5.12 petang.
Topic Berkaitan
#wanita maut
#kemalangan Simpang Pulai
#Cameron Highlands
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan