awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, empat parah nahas tiga kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
07/07/2022
03:20 MYT
Seorang maut, empat parah nahas tiga kenderaan
Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan selepas Bulatan Bandar Tun Razak awal pagi Khamis. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala empat lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70, kereta Porsche dan motosikal Honda Ex5 selepas Bulatan Bandar Tun Razak, berhampiran Taman Tenaga di sini awal pagi Khamis.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Khamis berkata, mangsa, lelaki tempatan berusia 40-an yang memandu SUV X70 maut di lokasi kejadian.
"PGO Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan dari MERS 999 pada jam 2.37 pagi seterusnya menghantar jentera ke lokasi kejadian.
"Terdapat dua orang mangsa yang menaiki kereta Porsche, seorang lelaki dan seorang wanita bukan warganegara Malaysia berumur dalam lingkungan 30-an mengalami parah.
"Begitu juga, penunggang dan pembonceng motosikal turut parah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, kesemua mangsa parah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala mayat mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Porsche
#Proton X70
#Honda EX5
#Bulatan Bandar Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan